Sunday, October 20, 2013

Hari 3

sudah hari ketiga
fasa induction
menjadi pemakan hanya sang protein
macam musang
hanya si daun-daun hijau
macam rebit
menjadi peminum mineral jernih
yang kosong benar rasanya
banyak pengaruh dalaman
bilangnya,yang ini boleh
bilangnya,hanya dikit-dikit tak akan apa-apa
TABAHLAH badan
SABARLAH hati
hanya untuk tempoh setahun
kita tengok bagaimana nanti-nanti kehadapan
hasilnya apa
buangkan obsesi kamu pada yang manis-manis
buangkan kecintaanmu pada sang karbo
minta-minta niatnya bukan hanya terarah pada si dia
minta-minta niatnya diperbetulkan 
minta-minta niatnya dibantu dari cinta pada sang SATU




Sunday, June 2, 2013

Sebuah Kotak Hitam

Aku duduk tepi tembok atas bumbung
Kaki aku hayun perlahan-lahan
lihat langit
rokok celah jari aku kepit
pada fitrahnya aku bukan perokok
entah
tak tahu kenapa

aku letak sebelah tangan aku atas kotak hitam
kotam hitam yang telah aku mangga
kunci mangga ada
pada tangan yang aku kepit rokok tadi
buang
simpan
buang
simpan
hmmm
panjang keluh yang aku kesah lewat malam ini

kotak hitam itu aku tenung
bukan pada ukiran antik diluar
tapi isinya
memori aku dan dia
segala macam cerita,aku kunci dalam itu
dan dimangga dengan mangga paling besar
dan kuncinya ada pada tapak tangan aku

aku lihat langit
untuk kali keberapa
gelap
macam seluruh cahaya sudah kau rembat pada adegan curang itu
langit hitam itu macam layar yang mainkan semula rentak dan cerita
aku pejam mata
lama
dan untuk kali ke juta-juta
tetap ada air mata
masih
rupanya aku tak kuat

aku tenung kunci, lama
dan kotak hitam bermangga
aku tarik nafas paling dalam
dalam sangat
tekad
aku campak kunci itu ke bawah
ke tanah dari tingkat bangunan ini
berdecit bunyi kunci
selesai
entah mana-mana kunci itu
mendarat

aku habiskan sisa rokok
rokok pertama dan terakhir dalam hidup aku
aku kendong kotak hitam bermangga
aku mahu pulang
kotak hitam bermangga ini akan aku simpan dalam setor
kurang-kurang akan ada tikus
atau binatang apa-apa yang gigit sampai rosak
aku harap tak ada seorang pun mampu bukak
tak ada siapa



Thursday, May 23, 2013

Imaginasi Terlampau

Pada suatu hari
aku kasi tahu kawan aku
aku mahu terus terang sama kamu
Kawan aku kata ok
"Ayuh teruskan niatmu"
Dia pandu kereta terus ke rumah mana kamu duduk
Aku keluar kereta kaki kanan
Bismillah
Aku berdiri betul-betul depan rumah kamu
Aku rasa taim tu, semua binatang, pokok, semut, mahupun hama tengok aku sambil kata
"kau nak buat apa,gila?"
"kau da kenapa?"
"go home, u're drunk!"
oh,shit..diam semua
aku tengah nak berani ni
aku bagi salam paling kuat
ASSALAMUALAIKUM, dolah!!!!
(nama kamu bukan dolah, tp cukuplah aku kenalkan sbg dolah)
ooooooo ASSALAMUALAIKUM
ni aku datang ni
masa tu aku nampak kamu keluar
dengan boxer kaler hijau dengan singlet hitam
ok, kau sexy gila weh
sambil tengok muka kau ats bawah, aku cakap
"sekarang aku nak kau dengar, jangan cakap apa-apa"
"ni first and last ni aku cakap"
"xde ulangan, maka dengar elok2"
"AKU SUKA GILA KAT KAU..AKU RASA DALAM HATI NI DA ADA CINTA..SERIUS...K TU JE AKU NAK CAKAP"
kau balas,
"kau da kenapa, gila..?"
taim tu
aku da lincah masuk kereta kawan aku tadi
memang aku da kasi tahu jangan nak menggelenyah matikan enjin
jadi, aku mintak kawan aku pecut
blah terus je macam tu
aku tahu taim tu,kau macam ayam berak marker pen
aku kesah apa..yg penting da lepas benda aku nak cakap
.............................................
"oiiii beruk, ni jadi ke x ni
tadi kemain lagi ko kasi tahu nak gi uma dolah
jadi ke tak ni?"
"tak...da jum balik..singgah kedai ros..aku nak beli beger"
pergh siot betol
rerupa aku tak gi pon uma kamu
aku mencangok je dalam keta
sambil buat imaginasi terlampau
kan best kalau benda tu real
zzzzzzzzzzzzzz =.="


Saturday, May 11, 2013

kak dee yg urmm....perasan chantek..eh!

Saya ada seorang kawan
nama dia nurdiyana
tp sebab dia nyah, kami pggil KAK DEE
dia sangat bangga dengan lesung pipit dia
saya sebenarnya tak heran pon
dia juga punya obses pada kamera
paling sadis, dia mintak kami pose
tapi sangat musibat, dia snap pic sendiri...kuagjak!!!
dan paling keji, dia tajo pic tu
DAN PUJI DIRI SENDIRI sebagai CHANTEK
rasa mcm nk tumbok je
dan entry ni dia suruh saya buat
sama pesen macam nad jugak
sekarang, puashati,kak dee???
kahkahkah..ailebiu

kat bawah ni gambar kak dee..sebenarnya saya nak sgt letak pic ehem ehem..tp nantilah...ahaks


#tulah lesung pipit yg dia banggakan sgt...n dia puji bju dia chantek...huuu =3

Friday, May 10, 2013

nad poyo

kawan saya nama dia nad
dia poyo
dan paling teruk dia takot lipas
di bawah adalah dia
comey x kak ton
dia cakap dia suka selendang kaler kuning corak harimau
salam rejab
entry ini dia paksa saya buat

Sunday, April 21, 2013

ya, tidak

Pilih antara YA atau TIDAK
bukan TAK TAHU
bukan ENTAH
bukan TAH PAPE
bukan SUSAH NAK CAKAP

Bila diaju soalan
jawab samada YA
atau TIDAK
mudah
mudah?
ya, sangat mudah
bukannya
tah, taktahu mudah ke idokkkk
bukannya
susah la nak cakap mudah ke tidak
entah, dia macam mudah tp bila pikir agak tidak mudah juga

*sigh

ada satu benda
bukan..bukan
ADA BANYAK BENDA dalam dunia yang kau kena bagi jawapan TEPAT
bukan jawapan atas tali
nak ke kiri, tak sudi
nak ke kanan, tak mahu

bak kata beto dalam cte "tong sampah":orang yang tak yakin je jawab soalan dengan soalan

jadi kes sekarang ni ble kau jwb camtu kau sebenarnya adalah ORANG YANG BINGUNG! peace yaww!! ^^Y



Wednesday, April 17, 2013

Cikgu Singa

As salam

Pada waktu aku tingkatan 2, 14 tahun ketika itu, ada seorang cikgu perempuan yang chantek. Chantek mksud aku, memang chantek. Putih, tinggi n ckup syarat nk jd model muslimah baq hang. Tapi dia GARANG.Pada suatu hari, dia ganti kelas seni dan mintak semua budak lukis something yang represent dia..Contoh lau rasa dia lembut, lukislah softlan, lau rasa dia chantek, lukislah bunga..macm tu..dan besoknya bila kena hantar lukisan tu, dia nmpak terkejut..sangat terkejut!!

Cikgu:sape lukis ni??
Aku:saya
Cikgu:kenapa lukis ni
Aku:xleh ke..saya rasa oke je kot
Cikgu:SINGA?
Aku:oke la tu..ehek

*oke la tu saya lukis singa..lau lukis ayam kang kecik hati pulak...