Tuesday, January 22, 2013

Masa untuk aku faham

Mungkin aku ini telah menjadi
sangat bodoh dan tolol untuk faham
untuk membaca tulisan disebalik dinding
untuk membaca suratan disebalik kenyataan
untuk membaca sindirin disebalik senyuman
untuk membaca apa yang ada dihati kau
baik
aku cadangkan kau bagi aku sikit masa
bagi aku
masa untuk aku faham
fahamkan semua-semuanya
nanti bila da faham
aku janji
aku janji
aku pergi

Sikap bagaimana ini,sayang

Ok, saya silap
saya tanya kan kenapa
tapi you refuse to answer
so, hacanneh den nak fehem...
sikap bagaimana ini, sayang

Friday, January 18, 2013

Hujan

Sedang menonton scenery luar
rasanya matahari sedang panas
menyambar seluruh roma ini
memancar sinar terang terus
ke daun-daun
memincing sedikit nutrisi kepada
tumbuhan itu
aku pandang kosong dan sayu

g
u
r
u
h

hari sedang mula gelap
mendung
guruh dan kilat itu
berkejaran di awan
melihat siapa juara lagaknya
awan itu semakin berat dan gemuk
tak sabar mahu dimuntahkan isi perut
fikirku kandungan perut si awan sedang nazak

h
u
j
a
n

air setitik
dua titik
tiga titik
empat titik
bertitik-titik
menimpa tapak tangan ini
mengalir deras dihujung mata ini
turun ke hidung
bersama sedikit sisa air mata yang merembes
keluar awalnya tadi
menangis berhujanan
tragik, tragis itu epik

d
u
d
u
k

aku masih melihat scenery
seperti awalnya tadi
matahari sedang tegak seinci dari kulit kepala
guruh
hujan
itu hanya hadir
dalam hati ini
bila aku sedang leka
hayati semuanya
dan hati ini tetap degil
tetap jahat
tetap bandel
untuk terus
ingatkan kau
bila hati ini
terus leka
memusing dan menayang semula
kenangan itu
sebenarnya aku sudah memilih untuk mematikan hati ini




Thursday, January 17, 2013

Gaduh...lagi

"kau tak tahu perasaan aku, kau diam"
"xde sape pon yang faham perasaan aku"
"diam lah, jangan masuk campur"
--------------------------------------------
hoi
hati kau,kau nak orang jaga
hati orang kau sedap melanyak
kemon,la
tolong keluar dari rumah ni boleh tak?
masa tu tak kan de sapa nak "MASUK CAMPUR" hal kau
makan nasik campur lagi sedap tau


EL

EL dan zain
mihmihmih
bukan itu la semut
.
.
.
.(ini adalah semut)

ni EL lain
EL yang tu
mihmihmih
|
|
|
|(ini adalah semut sembunyi blakang EL)
yang ragut pergi hati semut ni
pastu xpandai pulang tu
ala da la hati semut ni kecik
mihmihmih
-
-
-
-(ini semut sedang baring)
sekarang semut da xde hati
semut tunggu EL balik
pulang hati
o
o
o
o(ini adalah semut yang kembung minum air)

Wednesday, January 16, 2013

telefon itu bisu,bunda

nokia
nokia
nokia
iphone
itu semua sedang bersusun sederet
di tepi bakul buku
celcom, mahupun
maxis
kedua-dua nomor itu
sepertinya bersatu hati
untuk terus diam
dan bisu
tit tit
.
..
...
....
.....
pesanan masuk
senyum
.
..
...
....
.....
"kepada pelanggan yang dihormati"
.
..
...
....
....
dafuq
#silent mode
|
|
|
|
telefon itu bisu,bunda

Friday, January 11, 2013

Am i too...............

Am i to obvious in giving the hints
if I am that obvious, why he can't see those hints well??
or maybe, he's acting like a bimbo dumb bloodyfool ever seluruh alam??
or maybe, he losses the interest towards girls, i mean being a GAY,
astagfirullah al azim..
puihh puihh
hopefully not
or maybe i should stop
yeah.. STOP giving any hints
shut up..!!

Sunday, January 6, 2013

Perigi ini putus asa

Orang tua-tua bilang
jangan jadi perigi mencari timba
kita wanita
perlu ada rasa sopannya
orang muda-muda bilang
ada apa dengan perigi mencari timba
sekarang sudah zaman paip
bukak paip,terus keluar airnya

*********************
Aku mahu beraksi bagai perigi pada mulanya
membina diri serta jati
berhias secantik bisa sebuah perigi
menambah warna pada setiap segi
sudah siap semua penjuru,semua sisi
perigi ini berjalan pergi
melangkah mencari timbanya yang bermain lari-lari

Dan sampai ke hari ini
perigi masih terus melangkah
sikit-sikit
menoleh kanan dan kiri
Masih mengendap timba

Hari ini
walau sudah berada di tengah-tengah jalan
bila perigi sudah lelah
sudah penat mencari
sudah letih memberi bayang-bayangan
sudah letih memercik setitis dua air ke timba
perigi sudah putuskan
biarlah aku hanya
menjadi perigi buta
ditutup kepala
tanpa timba
tanpa pengguna
biarkan ia buta
selamanya
kerna
perisi ini sudah putus asa


Bila roh aku ditarik perlahan

Sakit di dada
senak di dada
buat aku sesak
nafas yang aku tarik
tersekat-sekat
aku perlu udara
rongga ini sedang lincah
aku paksa dia berfungsi
lelah bernafas guna mulut bila
kombinasi hidung dan mulut tak seiring bertugas
dalam ini, sudah semakin struggle
menyedut udara
dalam kiraan hingga tiga
aku cuba paksa diri
menarik sepanjang saat menyedut udara
kenapa berat sekali udara ini hari ini
lenguh-lenguh di dada
tangan dan sebelah badan aku rasa
lenguh dan kebas
apa sudah tiba masanya,Tuhan?
apa sudah tiba waktunya kau tarik
sedikit-sedikit nikmatku pergi
apa akan ada yang kurangnya nanti
ambillah aku
tapi biarkan hati yang lain-lainnya terus mekar
jangan dirembat sekali hati dan hidup mereka
biarkan yang pergi itu hanya aku



Wednesday, January 2, 2013

Dot kaler hijau

Bila aku nampak
dot kaler hijau tu
dot kaler hijau kat muka buku
tanda kau sedang dalam talian
tangan aku cm menggigil nak tekan
tekan
tak tekan
tekan
tak tekan
tekan
tak tekan
baik,pada akhirnya aku
tak tekan
buat benda lain
tapi setiap lima minit
jeling senarai-kawan-dalam talian
dot kaler hijau kau masih menyala
tanda kau ada
tekan
tak tekan
tekan
tak tekan
tekan
tekan
tekan
baik, pada akhirnya tak tekan
pergi awaktube
dengar lagu hit masa kini
bling bling
dengar kawan dalam talian masuk berborak
alah bukan dia
da enak berborak dengan kawan
aku jeling nama dia
masih dalam taliankah?
baik
dot kaler hijau da hilang
simbol telefon
padan muka
melepas~~

##selalu jadi pada aku, kau dan mungkin kita.Mengaku?ala jangan malu..ni rahsia kita

Tuesday, January 1, 2013

Sini bukan lagi tempat kau

Aku rasa kau tak pernah berubah kan
dulu, sebelum,semasa dan sekarang,juga mungkin akan datang
tetap macam tu
perangai tetap langsi
tetap taik
kau berkicau minta orang jaga hati kau
padahal kau dengan selamba badak air kencing-kencingkan hati orang lain
tak tahu malu betul
kau taknak orang cakap kasar dengan kau
padahal kau menengking orang lain
aku bosan tahu
aku rasa kau patut pergi
pergi bina hidup kat tempat lain
aku rasa kau da patut berhenti jadi manja
berhenti bergantung pada orang lain
aku rasa kau da cukup tua untuk hadapi dunia luar tu
aku da malas tahap cicak berkapur nak melayan perangai kau
aku rasa sini bulan lagi tempat kau
tu hah kat luar tu
luar yang banyak buaya
yang banyak perogol
yang banyak penipu
yang banyak pencuri
yang banyak pailang
kau terror kan
kau lawan dorang la..haish~~


Cari aku,gila

Bulan pandai cari bintang bila rindu
Rimau pandai cari singa bila rindu
Lebah pandai cari bunga bila rindu
Katak pandai panggil hujan bila rindu
Kelip jumpa gelap bila rindu
Angin seru bayu bila rindu
Ali jumpa abu bila rindu
jadi kenapa
kau tak pandai-pandai cari aku
bila rindu?

malu

Aku malu
Kau malu
Kita masing-masing malu
jadi kita akan kekal di tempat duduk
masing-masing
dan takkan berganjak ke langkah seterusnya
kekal di situ sampai tua
tunggu sampai kau berjanggut
dan aku kerepot
sampai bila?