Friday, January 18, 2013

Hujan

Sedang menonton scenery luar
rasanya matahari sedang panas
menyambar seluruh roma ini
memancar sinar terang terus
ke daun-daun
memincing sedikit nutrisi kepada
tumbuhan itu
aku pandang kosong dan sayu

g
u
r
u
h

hari sedang mula gelap
mendung
guruh dan kilat itu
berkejaran di awan
melihat siapa juara lagaknya
awan itu semakin berat dan gemuk
tak sabar mahu dimuntahkan isi perut
fikirku kandungan perut si awan sedang nazak

h
u
j
a
n

air setitik
dua titik
tiga titik
empat titik
bertitik-titik
menimpa tapak tangan ini
mengalir deras dihujung mata ini
turun ke hidung
bersama sedikit sisa air mata yang merembes
keluar awalnya tadi
menangis berhujanan
tragik, tragis itu epik

d
u
d
u
k

aku masih melihat scenery
seperti awalnya tadi
matahari sedang tegak seinci dari kulit kepala
guruh
hujan
itu hanya hadir
dalam hati ini
bila aku sedang leka
hayati semuanya
dan hati ini tetap degil
tetap jahat
tetap bandel
untuk terus
ingatkan kau
bila hati ini
terus leka
memusing dan menayang semula
kenangan itu
sebenarnya aku sudah memilih untuk mematikan hati ini




No comments:

Post a Comment