Sunday, December 30, 2012

Belajar

Sayang,
dulu kau dengan hidup kau
aku juga dengan hidupku
kita mampu untuk hidup
walau berasingan
cuma
berlaku sedikit perubahan
bila kita kenal kita
kita agak tidak mampu untuk diasingkan
tapi
aku seru kau untuk belajar
untuk tidak terus bergantung
dengan hubungan ini
berhenti menjadi manja
dan mengada-ngada
bukan aku dah tak sayang
cuma aku takut
bila aku pergi nanti
kau tak mampu terima
aku mahu kau belajar, sayang
suatu hari nanti
aku tetap akan pergi

aku setat menulis...

Bila da dibongkar, diselongkar semua
perkakas,buku,jadah album
habuk,debu terbang keliling bilik
aku jumpa!!!
aku jumpa stok kenangan..!!!
bukti yang aku da mula menulis puisi since
aku form 4..tapi aktif form 5
siot..
aku tak sangka aku jiwang gila da time tu
berbunga gila ayt dalam note kecik tu
siap de lukisan abang senior
ah gila!!
siapa yang ajar aku tulis tu semua?
siapa yang bimbing aku?
pengalaman
persekitaran
itu cikgu paling hebat aku

Tunggu

Aku takkan paksakan
pokok ini
untuk tumbuh dengan laju
aku akan pastikan
benih dan anak-anak daun
akan terus subur
dapat sumber mineral yang cukup
untuk dia kekal membesar
aku takkan paksakan
pokok ini
untuk kekal kukuh
aku akan pastikan
ia gembira hidup dengan pokok-pokok yang lain
berborak mesra sesama mereka
berhempas manja ditiup bayu
aku takkan paksakan
ada yang sanggup bermain buaian di dahannya
aku akan pastikan
yang aku akan tunggu
detik itu

Tuesday, December 25, 2012

buat apa kau suka

kau rasa apa yang aku tulis ini kelakar, maka ketawalah
kau rasa apa yang aku tulis ini sedih, maka menangislah
kau rasa apa yang aku tulis ini bodoh, maka jelinglah
kau rasa apa yang aku tulis ini takda makna, maka abaikanlah
kau rasa apa yang aku tulis ini sia-sia, maka tinggalkanlah
kau rasa apa yang aku tulis ini gila, maka jangan dilayanlah
aku tulis apa aku suka, kau buat apa kau suka

Natal ini, sepi

Bukan maksud natal itu
yang aku puja
dan raikan
cuma tentang harinya
yang berani mengulit jiwa
mengganggu lara
seterusnya memecahbelahkan
sisa raga

Genap tiga hari
jasad aku gah berdiri
tapi
sebenarnya, jiwa aku telah mati
puncanya:masih tak dikenalpasti

wahai malam,
walau tak bersalji
tolonglah, hindarkan aku dari sunyi
sunyi ni umpama virus HIV

natal ini, sepi



Sunday, December 23, 2012

oii jiwa

oii jiwa
kenapa dah lesu hilang spirit
kenapa dah rapuh tak mahu bangkit

oii jiwa
kenapa tampak kosong tak berisi
kenapa dah bisu tak bernyanyi

oii jiwa
apa dah jadi
kenapa diam sunyi begini

oii jiwa
ini bukan pasal cinta
ini pasal nyawa

oii jiwa
kenapa macam da hilang seri
kenapa sakit macam kena tikam duri

oii jiwa
tolonglah janga hilang
tolonglah jangan mati sekarang

oii jiwa
jika kau lemah
seluruh hati, jasad, dan segalanya
akan turut tersungkur

oii jiwa
da kenapa sebenarnya ni??

Friday, December 21, 2012

Annoyed

Kau lelaki
aku perempuan
kau jejaka
aku gadis
kenapa layan aku macam tu
tanya bukan-bukan
undang soalan yang tak patut
pon kau peduli
ini bukan bidang
yang sama kita kongsi
bahagia saja dengan ladangmu
dan biarkan aku naif
dalam kelompokku
jangan jadi penyibuk
jangan jadi
orang paling
Annoying
aku annoyed kau tahu..!!

Summer Love

It's a summer
i want us be together
together having a cup of coffee
together having a toast
also a butter
it's our first breakfast

it's a summer
love, do u remember
when we were meeting each other
in our 1st sight
we are falling in love

wanna say
love
wanna say
love
missing us
in this summer hour

it's a summer
when u put flower
on my couple ears
thump thump
my heart beat faster


wanna say
love
wanna say
love
missing us
in this summer hour


i wish this summer would
never end
i wish the sun would always shine, bright
i wish this summer time
will full of love

this is the summer love
this is about us

Thursday, December 20, 2012

Jaga Hati

Sampai bila
kau nak keras kepala macam ni
sampai bila
kau nak patahkan hati ni
sampai bila kau nak lenyek jiwa ni
sampai bila
kau nak lumatkan cinta ni
kau nak tunggu sampai aku mati
baru kau nak jaga hati

Cerita

Bila aku kata aku mampu berjaya
kau mesti cakap, eleh jangan nak berangan, dinda

Bila aku kata aku mahu terbang tinggi di angkasa,
kau mesti cakap, eleh jangan nak bermimpi la puaka

Bila aku kata aku mahu menulis pusi yang indah-indah
kau mesti kata, hentikan semuanya,takkan laku punya

Bila aku kata aku sedia mencari cinta
kau mesti kata, siapa yang mahu cinta kau, gila

Bila aku kata dia miliki cinta yang sama
kau mesti kata, dia simpati saja

Bila aku kata, aku ditinggalkan dia
kau mesti kata, aku da cakap da, sekarang padan muka

Sebab tu aku malas nak kata
aku malas nak cerita
membazir bicara dan saliva
kau tak sudi bagi aku telinga
yang kau tahu cuma,MENGATA..

Burger

"kau belikan ude burger double spesial 1"
"duit lebih kau beli kau punya"
..............................................................
burger yang semalam
tak sama dengan burger harini
burger semalam siap ade sos tiram
siap de sos BBQ
sos pon lebih
mayo pon banyak
coleslaw mencurah ke ladang gandum

burger harini macam gampang
kau letak serbuk kari je
coleslaw pon ciput
apa seluruh kedai runcit da kehabisan sos BBQ
apa kilang sos cili da bankrap

kau nak main-mainkan aku ye budak
mentang-mentang kau balut burger aku dengan tisu
kau fikir aku xtau isi dalam tu
harga makin hari makin naik
dulu RM2 lebih je
sekarang da RM3.50
ni la burger melayu
burger omputeh da kena catu
da kena boikot
yahudi katanya
burger oh burger...



Wednesday, December 19, 2012

Tarik tali

Setiap kali
memang begini
kau sana, aku sini
kita pegang tali
sama-sama tarik, sama-sama uji
tengok siapa kuat lagi
tiba masa tali da nak rabak
masa tu kita kena faham
kita patut berhenti..
pilih
samada nak terus pergi
atau mahu ianya termeteri

Game

Kau memang suka ajak aku main game kan
sebab kau kaki game
jadi kau anggap hubungan kita macam game-game kau tu
Aku watak dalam game
kau pilih baju yang paling kebal
kau pilih senjata yang paling kuat
yang boleh tikam sasaran kau
yang boleh bedil musuh kau
kau guna aku tuk masa dan journey dalam game kau tu
bila aku kalah atau mati
kau panggil aku babi
kau panggil aku puki
oke da aku da nak surrender
aku lebih rela mati
dari jadi bahan tahi menahi kau
pergi mati dengan game jahanam kau
setan!!

Kau ni bodoh ke bahlol?

Aku dah bagi kau banyak hint
dah cukup banyak tuk kau faham
faham isi hati aku ni
sampai aku rasa
nak angkat bendera putih dah
sampai aku rasa
sebenarnya kau memang taknak aku
tapi sekurang-kurangnya
jawab la YA ke TIDAK
kau ni bodoh ke bahlol, tongok?

Seperberapa

Dulu kau bilang
"dalam aku,ada kamu"
sepersatu

Dulu kau bilang
aku separuh dari dirimu
seperdua

Dulu kau bilang
aku tak guna
sepertiga

Dulu kau bilang
aku perempuan hina
seperempat

Dulu kau bilang
Kau mahu tinggalkan aku, kerna dia
seperlima

Dulu kau bilang
kau tidak mahu aku
Seperenam

Waktu kau bilang, kau tidak mahu aku
aku soal diriku, masih tersisa kah pecahan diriku untukmu
sudah tinggal seperberapa aku bagimu

Bulan madu

hari-hari indah dah berlalu
berlalu dengan lagak sombong
tinggalkan aku
Hari ini aku masih mengenang kenangan
bulan madu kita
masa dan detik
bila aku,kau sedang bahagia
aku, kau sedang diulit cinta
aku, kau sedang dalam rencana
rencana ingin punya momongan yang cantik dan cerdik
itu cerita rencana kita
tapi aku sedar
itu hanya bahgian dari cerita bulan madu kita
kini ia hanya mampu jadi kenangan
bulan madu kita sudah tamat tempoh
yang ada cuma
bulan duka
buat kita

Friday, December 14, 2012

Perasan

Aku mengaku bila aku menulis
ada rempah ratus
yang aku tambah
ada ajinamoto dan stok ayam
buat sedapkan rasa
Kalau setakat nak harapkan
garam dan bahan basic
aku rasa lauk aku tak sedap
Tapi kau jangan perasan
"Lauk" ni aku bukan masak tuk kau
Kau pergi mamak, pesan lauk sendiri..!!


Permata Kaca

Sifatnya kaca
punya sinar
digosok sekeras mungkin
berkilau dipancar cahaya
maka
berkilatlah ia

Sifatnya permata
diam-diam
diangkat ke jendela
biarkan sedikit cahaya hembus
maka
bersinarlah ia

Zaman ini
zaman di mana
manusia buta
sudah tidak mampu
membeza
mana kaca
mana permata
nilainya beda
kilauannya, hampir sama

Thursday, December 13, 2012

Aku kesah ape

Muka kau comel
Comel itu dah gelapkan hati-hati manusia lain
Comel itu da tutup busuk bacen kau
Aku kesah ape?

Lemah lembut gemalai
act macam perempuan melayu paling ayu abad ini
meliuk lentok bicara ditatap lelaki buta tuli
aku kesah ape?

Apa kau nak tulis
apa kau nak kata
apa kau nak buat
aku kesah ape?

kau bisik kata setan dalam telinga manusia-manusia naif
kata-kata setan pasal aku
aku kesah ape?

kau bikin mereka-mereka pandang tahi arah aku
lempar jeling paling tajam pada aku
aku kesah ape?

kau yang busuk
tapi mereka yang fikir aku sampahnya
aku kesah ape?

jadi bila kau nak mati
mati dan tunggu talkin dampingi
aku kesah ape?

kau pernah kesah ke ape yang aku kesah?boleh pergi mampus..!!

Wednesday, December 12, 2012

Juli Tuli

Malam ini
Juli masih menanti
menanti bersendiri
berdiri teguh bersandarkan tiang seri

malam ini
Juli sudah siaga memasak yang enak-enak
yang paling enak yang mampu Juli siapkan untuk Romi
walau tangannya Juli tak punya magis dalam ilmu masak-memasak
namun demi Romi, Juli sanggup
sanggup Juli redah pasar busuk bagi membeli sang pari
iras yang Romi ingini
walau pisau tajam berjaya tembusi jemari Juli,
takkan pernah Juli tangisi
kerna ini semua untuk si Romi
untuk Romi, Juli tebalkan muka merayu bunda ajarin
ajarin memasak asam pedas ikan pari kegemaran Romi

Malam ini
malam seperti selalu
Juli menanti Romi
setia di muka pintu,
dialih punggungnya ke buaian
Juli sepi,Romi
Juli sunyi,Romi
tapi Juli tahu,Romi keluar bukan untuk berjoli
Juli percaya Romi

Malam ini,
detik duabelas,sudah lama berlalu
Juli letih
minda dan hati Juli celaru
Sudah Juli bayangkan yang bukan-bukan tentang Romi
arghh setan..!! Juli marah diri sendiri

Akhirnya, detik duapagi Romi kembali
ditenung muka Romi oleh si Juli
Romi,Juli senyum berseri
dalam hati si Juli berbisik "Romi kembali, cinta Romi untuk Juli, itu pasti"
dalam hati si Romi berbisik "detik duabelas milik sindarela misteri, kini masanya untuk aku kembali pada Juli"

Mampirlah bidadari
kau kejutkanlah jiwa Juli
jiwa yang sedang mati oleh cinta Romi
mata yang sedang buta oleh cinta Romi
telinga yang sedang tuli oleh cinta Romi




Sunday, December 9, 2012

I

Suri
Ini satu cerita tentang suri
suri yang hidupnya penuh suka dan duka
penuh dengan pelbagai cerita
suri yang tidak punya ayah bonda
tidak punya saudara
tidak punya kerabat
tapi
suri tahu suri kuat
di sini
ya di sini
di bumi Ilahi, suri menadah segala perit indah hidupnya
suri corak ikut suka hati suri

Bila kali pertama suri keluar dari kepompong suri
suri nampak sangat jakun
macam dah lama gila suri duduk dalam gua
macam kambing keluar bandar
semuanya nampak amazing kat mata suri



Friday, December 7, 2012

Maaf, aku cinta kau

perempuan ini
perempuan paling derhaka
perempuan yang paling degil
perempuan yang paling tidak amanah
perempuan paling suka mencuri

perempuan ini
perempuan paling derhaka
kerana dia telah melanggar prinsip
dan arahan
supaya tidak jatuh cinta
prinsip teman dalam hubungan
dia langgar
dia inginkan lebih dari apa yang
sudah digarisnya
dia perempuan paling derhaka

perempuan ini
perempuan paling degil
degil kerna masih tetap menyusun rimbunan
usaha
masih degil menyatakan
"ya,dia punya rasa yang sama"
meski deria
telah menjadi saksi kisah cinta
kau dan dia
bersuka di laman duka
kerna aku perempuan paling degil
seluruh dunia

perempuan ini
perempuan paling tidak amanah
sudah berkali diingati
dibisik berulang kali
"jaga hubungan ini, kita teman sampai mati"
tapi perempuan ini tetap tuli

perempuan ini
perempuan yang suka mencuri
mencuri sedikit dari indanhnya mimpi
yang kerena perempuan ini hanya berani
menjadi sang pemimpi
mengulit mimpi
waktu malam sepi
jika dibenar dia mencuri separuh......
tidak perempuan itu hanya minta secebis dari
hati lelaki
aku sudah berjanji takkan curi hati kau,wahai lelaki

kerana perempuan itu
sudah menghulurkan hatinya pada sang lelaki
walau sudah sepakat berjanji
janji teman sampai mati
.................................................................
maaf, aku cinta kau


Friday, November 30, 2012

jangan toleh, jangan jawab

Aku berdiri tegak belakang kau
lama aku begitu
tanpa kau sedar
nol tahap kepedulian
berdiri sambil buat kiraan
yang mungkin entah berapa ribu
berdiri dengan penuh bisu
bercakap guna jiwa
selagi kau perlu, aku akan berdiri
mungkin aku juga selesa begitu
hanya berdiri tegak belakang kau

*diam*

tapi hari ini,
aku da fikir semasaknya
samada aku pergi mati dengan sesal
atau hidup dengan maki yang bakal kau lempar
aku anjak sedikit langkahku ke hadapan
aku rapatkan bibirku ke telinga kau
aku bisikkan "kau ada dalam hati aku"

*berdiri kaku, kedua-duanya*

Pada saat akhir aku dibelakang kau
aku hanya ada satu seru untuk kita setuju
aku tak mahu kau toleh
aku tak mahu kau toleh ke arah aku
aku tak mahu jawabanmu
biarkan aku pergi dengan jawaban
dalam ilusi dan imaginasi
bahawa kita pernah bersatu
walau hanya dalam mimpi
biarkan aku pergi mati tanpa sesal
jangan toleh, jangan jawab, kau kena janji itu


masih tiada tajuk

Ini hari, orang yang act macam urban
act macam hati kental
act macam dia leh hidup tanpa cinta
dan cela
sedang meratap
sedang jatuh ke lantai
sedang pungut semangat hidupnya
paling sadis
tangannya, serta kakinya sudah
tiada kudrat
sudah lumpuh 
pungut hanya guna hela nafasnya
menyedut ke dalam rongga
ditiup ke seluruh genap badan dan jiwanya
lalu dia cuba bangkit
berdiri tegak seperti waktu dia berikrar untuk negaranya
penuh semangat seperti mula-mula dia menyanyi lagu sekolah

*tarik nafas*

dia sudah cuba untuk bangkit
bukan cuba tapi
mungkin lebih tepat SUDAH BANGKIT
ye dia sudah bangkit untuk terus memburu
memburu cintanya
doanya kali ini
dia takkan salah memilih




Thursday, November 22, 2012

Tanpa tajuk

Selalunya memang beginilah
bila ada musim-musim 
yang kita sendiri tak tahu 
kenapa
siapa
dan harus bagaimana
jasadnya segar bugar aja
tapi jiwanya yang sering merana
merana kerna didera
oleh 
tuan jasadnya sendiri
hebat ia didera
sehingga dikejut jiwa yang
semakin lena
bangkit dan terus merasa
sakit
dan perit
fikirnya dia kuat
kuat hadapi segala rasa yang dicipta sendiri
tapi rupanya ia sudah lama
jatuh terduduk
tersungkur
menunggu matinya jiwa yang semakin lena
aku sudah tidak kuat
bila dia semakin jauh
jauh tanpa sempat aku
ungkapkan
kalimah itu
mungkin hanya aku
yang selama ini
berpura-pura memijak tanah
padahal aku hanya mampu
terbang dalam alam mimpi
dan aku semakin leka dengan
dunia ilusi
biarlah
jika itu
lebih cocok untukku....

Sunday, November 18, 2012

Doa untuk Palestin

Aku hanya insan yang kurang
kurang dari serba serbi
hina dari tingkah
punya duka pada wajah
tapi aku juga punya senjata
senjata yang aku tagih dari agamaku
doa'
ya Rabb
yang Maha Melihat,
Maha Mendengar,
tidak penah seinci kami ini dipandang lepas
walau ku kerdil
kerdil dalam mengumpul iman-imanku
kau berikan aku kesempatan
meminta hanya secebis dari harapnya seorang hamba
berikan dan tiupkan sabar pada saudara-saudaraku
kuatkan jasad mereka
tinggikan iman mereka
walauku tak mampu berkongsi rasa
aku hanya bisa
mengirim doa
jika ini harga untuk mereka bayar
bagi mendapat ganjaran pahala
atas syahidnya mereka
kau berikan mereka
syurgamu, Tuhanku
hanya ini
hanya ini yang aku mampu..
ini adalah senjataku...





Lelaki itu

Sedang angan dan kenangan menggigit
ruang otak yang makin sempit
sempit dek masa-masa lampau yang
penuh suka dan dukanya
satu-satu hamparan itu
aku selak dan belek
satu-satu gambaran
terang aku kenang
lelaki itu
yang lelaki itu
penuh saja video-video kenangan ini
memain irama rindu yang
sukar diluah
hanya hati dan
ya hanya hati
rahsia hati yang penuh kecamuk
lelaki itu sudah makan
semua ruang dalam album kenangan
tapi.....
perlahan-lahan aku tutup
aku tutup album kenangan
aku delete semuanya
semua video kenangan yang ku putar tadi
aku balut dan ikat sekemasnya
lalu aku masukkan ke dalam beg sandang
aku bawa ia tepi pantai
ku tenung balutan album kenangan dan video-video tadi
dengan nafas yang entah berapa kali
ku hela
aku hanyutkan bungkusan itu
jauh ia pergi
terus pergi
sampai mataku tak mampu mengesan mana perginya
tapi
kenapa masih ada
imej-imej lelaki itu
dalam benak
dalam minda
apa patut ku
buangkan
hatiku
agar aku tak perlu
ingat lelaki itu
untuk hidup depanku

Wednesday, November 14, 2012

"Alam,sampaikan cintaku"

Andai angin itu bisa bicara,
akan ku arahkan ia sampaikan madah cinta
buat engkau yang jauh di sana

Andai pohon bisa menggoncang jiwa lelaki itu
akan ku suruh ia sampaikan ayat rindu ku padamu

Andai purnama mampu kirimkan peluk cium padamu
akanku arahkan kerna aku sudah tak mampu
tanggung rindu

Wahai alam, izinkan aku kongsi rasa cinta
rasa rindu
sampaikan salam cintaku pada dia
agar dia tahu
rasa cinta,rindu ini hanya
untuknya
Jika dia enggan terima
kau pulangkan madah cinta itu
padaku,alam
agar aku tahu
rahsia hati lelaki itu

**ahmuntahkuningdenganayatsendiri

Sunday, November 11, 2012

jerit

aku tak kuat untuk jerit
untuk teriak 
kuat
dan 
bersemangat

aku masih tak kuat
untuk 
sebut
untuk
tutur

"wei babun,kenapa kau tak cinta aku?"


Thursday, November 8, 2012

Poligami

Dulu hanya aku dia
sekarang sudah ada kita
bertiga

*pause

Bila
kau
hadir

*pause

Aku
akan
berakhir

Wednesday, November 7, 2012

apa erti sempurna

Dia cantik bergaya
tapi senyumnya tiada
apakah dia sempurna?

Dia kaya,punya segala
tapi
Tuhan mengkehendaki bahawa dia tiada zuriat
apakah dia sempurna?

Malam indah,bintang berkelip ceria
tapi pudar warna tanpa purnama
apakah itu sempurna?

Pria kacak tersenyum bangga
Tapi dia hanya si kutu rayau bersahaja
Apakah dia sempurna?

Huduh,itu yang dia percaya
Tapi Tuhan beri dia ilmu penuh di dada
apakah dia sempurna?

Dia usahawan,petah berbicara
kacak,pandai,cerdik,semuanya dia
tapi Tuhan mengambil semua keluarganya
apakah dia sempurna?

hmmm *pause

apa ertinya satu kesempurnaan?
apa itu sempurna?
kita siapa untuk minta menjadi sempurna?

*pause

Syukurlah apa adanya kita

Sunday, November 4, 2012

Salah sangka

"Ya Allah, berikan aku ruang mengecap bahagia itu"

Kau sedang memberi arahan kepada Tuhan mu?

Tidak, aku hanya merendahkan diriku serendah dasar laut untuk terus mengemis dan menagih dari Tuhanku

Takkan Tanya Kenapa

Bila punya masa dan ketika
aku,kau ketemu
aku tak pernah bilang
"Tuhan, kenapa kau hadirkan dia?"

*pause

Dan kini
walau tangisku terkumpul dipelupuk hujung mata
tika kau pergi terus ghaib bersembunyi
aku takkan persoal,aku takkan tanya
"Tuhan, kenapa kau ambil dia?"


Friday, November 2, 2012

Tentang malam II

hari
siang
sudah berlalu
kini malam tiba
baginya mereka-mereka yang lain malam itu suatu waktu untuk
mereka buang letihnya fisik dan minda mereka
lalu direcharge segala energi untuk penuhi keperluan pagi
tapi
malam ini si minah ronggeng punya agenda sendiri
bermekap tebal berapa inci
gincu merah berapi
ah menggoda sekali
lalu lepas siap dan dirapi
rambut dilepas pergi
disarungnya dia kasut bertumit tinggi
berkeletang keletung jerit tapak si minah ronggeng
malam ini minah ronggeng ke tapak projek sendiri
takde siapa mahu menjemput si minah ronggeng
mungkin sudah tidak sudi
apa ada hal, fikir si minah ronggeng
satu pergi, satu KL mari..ketawa mengilai si minah ronggeng
satu-satu langkah disusun si minah ronggeng
malam ini
misinya hanya satu
kocek ini perlu ada isinya
lalu pergi si minah ronggeng ketemu encik bos
diberi satu keping tertera tulisan khusus disitu
angguk
maka fahamlah si minah ronggeng
pergilah si minah ronggeng memanjat tangga penuh menggoda
sampai dihadapan pintu
diketuk pintu itu oleh si minah ronggeng, pintu terbuka
lalu berbisik si minah ronggeng ke telinga jantan kerepot
"abang, melly da sampai..mari..atas bawah aku punyamu,bang..malam ini melly milik abang sorang je"




Tentang malam

para ulama' leka bertasbih, sujud kepada-Nya
itu malam

pasangan cinta berkhalwat dengan cinta mereka
itu malam

para pelacur dilorong gelap
menagih duit halal-bagi mereka
itu malam

penuntut menghabisin seluruh tenaga
itu malam

para kecundang cinta dan sayang
ratap, tangis
itu malam

malam
ya itu malam yang bikin aku segar dengan ide-ide
yang bikin aku terinspirasi

yang bikin aku syiok menekan tembok-tembok huruf bogel ini
lalu aku terus hanyut

hanyut dalam mengimbas kembali
layar kenangan

kenangan apa yang pernah kita ukir dulu
tentang apa dan mungkin ianya sementara

aku memandang malam bagai satu
peluang
peluang untuk aku terus hidup
dalam ranjang kenangan, memori

Aku takkan paksa malam untuk 
terus temani aku
kerna aku pasti
embun akan muncul
iringi subuh
lalu malam akan hilang

oh malam, temani aku ya
esok masih ada untuk kita terus di sini
apa pula giliran cerita kenangan kita nanti

tapi, imanku yang secangkir ini, mungkin juga secamca besarnya
menyoal, apa benar aku masih punya kesempatan
kesempatan untuk ketemu lagi sama si malam

*mudahnya aku mengatur ayatku, jujurku pada kata,pada hati,pada jiwa..malam..dengan cakerawala yang berputar mengikut arahannya DIA..malam..dan akan terus ada cerita tentang malam




Wednesday, October 31, 2012

Perempuan tanpa hati

sedang yang lain-lain mengejar seronok duniawi
aku sedang mati di sini
aku sedang menunggu dan terus sendiri
kerna dia telah bawa hatiku pergi
curi dan aku rela ia terjadi
pergi dan terus hilang tanpa ganti
tinggalin aku yang masih menyendiri
kini
aku menjadi perempuan tanpa hati

Monday, October 29, 2012

sumpahan

malam ni
aku terbang melayang
atas langit yang mendung warnanya
hitam legam tanpa cahaya
bulan yang sepatutnya muncul
tiba-tiba hilang cahaya megah
duduk belakang awan terus sembunyi lama-lama disitu
bintang juga sama ceriteranya
sedang sepakat mahu matikan kerlipan
angin seperti dalam rajuk
tiada hembus walau sedikit dari bayunya
semuanya kerana sumpahan
sumpahan racun yang kununnya diberi engkau
"istimewa untukmu"
kau bilang begitu
tika itu yang mampu ku luah hanya percaya saja
tapi semakin lama
lama
lama sangat selepas sumpahan itu
aku rasa racun ini semakin sebati dalam diri
sampai bikin aku mati
"matilah lah kau"
suara perlahan bisik keluar dari hati pergi telinga
serap ia dalam minda aku
minda aku yang sedang kontang
yang sedang nol
yang hanya sibuk pikirkan kau
lahanat kau
racun apa yang kau bagi aku ni
aku tak mahu jadi si katak yang disumpah ibu sihir
aku tak mahu jadi puteri sama 7 kerdilnya yang kaku diam bisu tanpa nadi
aku tak mahu begitu
kalau lah mampu aku muntahkan kembali racun itu
akan ku lakukan
aku mahu hidupku
aku mahu nyawaku
nafasku
dan nadiku
hentikan beri aku racun ini
kalau kau mahu aku mati
mari
kita mati bersama
mari kita bersemadi
bersemadi dalam liang yang sama
hanya kau, aku dan Tuhan kita

Saturday, October 20, 2012

Si Anu

malam ini si anu masih dalam dunianya
dunia yang bagi si anu hanya milik dia
si anu keluar rumah
duduk atas buaian
digerak ia perlahan
si anu pandang langit kusam yang dianggapnya terang
kerna ada bintang dan bulan
si anu lakar buruj guna tangannya
"jika mampu ku lakar masa depanku seperti ini"
fikir si anu
si anu bukan siapa-siapa
 si anu hanya insan yang gigih dalam rapuhnya dia sendiri
si anu tidak punya siapa-siapa
hanya dia dan hatinya
si anu yatim piatu
si anu hanya pelakon picisan yang berlakon dalam
layar filem dunia
si anu tak kesah itu
si anu tahu siapa dia
si anu kenal dirinya
walau dihina dan dicaci
si anu masih kekal berdiri
walau orang lain anggap si anu hanya anjing jalanan
si anu juga punya impian
impian si anu tinggi melangit
si anu suka sangat berangan tentang masa depan
si anu mahu jadi orang berguna
walau hanya kutip sampah
si anu bangga
kerna ada si anu la bumi ini bersih sentiasa
si anu masih melangut dan memandang langit
seperti awalnya tadi
dan akhirnya si anu tertidur sendiri
dalam mimpi, delusi dan imaginasi si anu
biarkan si anu
jangan diganggu
lenanya itu
biarkan si anu rasa kaya walau hanya dalam mimpi si anu

Lelaki kalbu

Kau bakal jadi imamku
kau bakal jadi menantu ayah dan ibuku
adik kekandaku
abang adindaku
kau bakai jadi hero pertama anak lelakiku
kau wali anak-anak gadisku
datuk kepada cucu-cucuku
andai kau mampu itu
jangan segan-segan
check in kalbuku
dan akanku tunggu ketibaanmu
wahai lelaki kalbu

Friday, October 5, 2012

Ungkit budi

Aku hanya perempuan hina
yang kurang serba serbi
yang mudah leka memakan budi
Budi aku makan dengan lahap
Tidak ku tinggal walau secebis

Kau
ya kau
kau bangunkan aku
kau menghentak dan
mengoncang tubuhku
yang sedang enak meratah budi-budi ini

Kau luah
kau ungkit
hati aku sakit
sungguh aku kerdil di mata kau
Jika bisa aku luahkan
aku muntahkan
aku korek anak tekak dan
aku keluarkan segala
budi yang aku makan tadi
supaya kau mati
dan
berhenti mengungkit budi

Wednesday, September 26, 2012

Dear, Mr.Ex

Dear, Mr. Ex (double dots)
would you please stay away from my life (question mark)
B'coz I already put you aside as much as I love you before (double dots)

Tuesday, September 25, 2012

perempuan gila

perempuan itu punya sikap gila
punya fisik yang gila
punya muka manis yang gila
punya kata nista yang gila
punya daya penarik yang gila
punya otak sinting yang gila
punya selera yang gila
punya hati yang gila
dan mencuba menggilakan orang bukan gila
untuk menjadi gila seperti kegilaan yang mencengkam
hidup perempuan gila yang gila nak mampus
hoi perempuan gila
jangan kau berani atau bermimpi nak menggilakan aku
ye aku
aku takkan memilih keputusan gila
untuk menemani kau perempuan gila
untuk terus hidup dalam
ruang gila yang penuh kegilaan, wahai dewi gila

**gila itu sejenis penyakit otak,minda,dan emosi.sila rawat kerna ia boleh merebak

Monday, September 24, 2012

HATI

Aku selalu rosakkan dan hancurkan hati-hati mereka
dan aku tinggalkan tanpa endah dan gusar
lantak la hati tu mahu hancur atau ada luka sini sana
tapi sekarang aku da perasan
aku nak jaga hati kau leklok
taknak ada luka pon
lau luka pon aku letakkan handyplast
taknak aku kecik dan injak-injakkan pon
aku mahu tiup bagi ia besar sentiasa
mahu aku balut dan letak dalam peti
agar ia jadi milikku dan bukan kuman dan parasit-parasit yang lain
tapi tolong berikan aku permisi mu
agar ku tahu aku punya hak
memegang hatimu erat dan ketat
sampai satu saat hatimu dan hatiku bergabung dan bercumbu tanpa lepas
dan kita biarin hati-hati yang lain cemburu
cemburu dengan intimnya hati kita

Sunday, September 23, 2012

kacak 2

tika aku pandang wajah kau
kita di kaunter bayaran
kau depan aku
aku belakang kau
sampai sekarang aku ingat warna baju kau
oren pasukan malaysia
muka kau kacak dowh
kacak gila
kau perasan aku tenung kau
memang lelaki kacak yang perasan
klise~~
tipikal
tapi aku heran ape
yang penting kau kacak
sampai tiba saat kita "berpisah"
aku rela
kerna ini suka
DAN BUKANNYA CINTA

**hakubukanplayertapiakujugamanusia ^_-

Friday, September 21, 2012

kusut

perut lapar
hati parah
rambut serabut
oh kusut
kusut gila
aku da tak tahu mana nak pergi
apa nak fikir
sape nak borak
kusut
ruang ni da betol2 makan waras aku
kemis
kata baru yang aku tahu
pengemis
sekarang memang aku sedang mengemis
mengemis kata waras
minda haru
kacir tingkahku
oh memang gila
gila otak
celaka warasku
kontang adabku
tolong bagi sikat
bagi kusutku lega
gila oh gila
sampai akhir puisi gila ni dikarang aku masih
sedang berkhalwat dengan kusut yang tak habis-habis kacau diri aku

Thursday, September 20, 2012

kacak

satu hari
aku duduk atas kerusi urut
masuk duit singgit dua
duduk rilek
kerusi urut
sedap...lazat
tiba-tiba
datang sorang mamat
duduk sebelah
bilangnya kerusi itu rosak
kacak
dia kacak
tanpa senyum
tapi masih kacak
teruskan menjadi kacak

Tuesday, September 18, 2012

cinta bisu dan pekak

kita abaikan yang lain-lain
kita butakan empat-empat mata
milikku dan milikmu
pekakkan telinga macam tiada bunyi keliling kita
kita bercinta tanpa sebarang kata
dan pada akhirnya kita putus
berpisah
bercerai
musnah
tanpa bicara

Monday, September 10, 2012

Bukan tangis

Sedang aku punya masa
dan peluang
aku curahkan segala ilmu dan pengalamanku
pengalaman yang hanya sebesar hama saiznya
pengetahuan yang hanya sekecil cell-cell dalam salur darah
pada kalian, pada kamu
kamu insan terpilih
yang Tuhan temukan denganku
aku bertuah dalam derita yang aku lakarkan dan lukis sendiri
jika masih punya masa ini
aku akan usaha bikin kalian insan cemerlang
bisa bikin ayah dan ibumu bangga
tapi ingatlah..
jangan biarkan aku sendiri mengumpul dan membina tangga usaha sempena kejayaanmu
itu memang aku tak mampu
kita berganding bahu dan berdiri guna kaki
kita ukur mampu dan usahanya kita ke arah itu
kalian dan kamu
bila masanya aku harus pergi
bukan tangis serta peluk erat ketat
mahupun kata rindu yang bakal kau janjikan
ya bukan itu
aku mahu kalian serta kamu ingat
apa yang pernah ku tengking
amarahku
bisikanku ke telingamu
serta herdik makiku
dalam tempoh itu
aku hanya mampu kirim doa-doa
agar kalian terus dan terus mendaki tangga yang pernah
kita tanam konkrit dalam tanah
agar kukuh dan terus tersergam
kalian
ingatlah, tangga itu bukan untuk aku
bukan untuk ibu serta ayahmu
bukan untuk orang lain
tapi untuk kau daki terus masuk ke dalam kancah
yang lebih enak layanannya
ya bukan tangis
bukan tangis yang aku mahu
tapi
ingatlah bisikan yang aku serap masuk dari telinga dan terus
terbenam dalam jiwa dan kalbumu

**puisi bodoh yang kecil sikit dari bijaknya A.Samad Said khas untuk pelajar-pelajar yang pernah singgah dalam hati..segala hiperbola, metafora dan segala macam undang-undang bahasa aku campak ke laut agar aku lebih bebas merangka ayat dan mengetuk kata di papan huruf ini =D

Sunday, September 9, 2012

Otak kepala dibotak

aku garu kepala
rambut tipis tersisa aku usir sehelai demi sehelai
sambil mata aku jeling lembar kertas putih
kosong..tanpa cela titis dakwat pena
ah..mampus...
otak aku kosong
siot...
aku belai tengkuk perlahan..
ah...tiada..kosong la gila
aku hirup air panas..
da nak separuh kole tapi tetap kosong
aku nampak pencukur
ok begini
aku hala ke kepala..
habis botak kepala aku kerja
aku biar kepala disapu angin
aku tenung lembar putih yang suci tu
tangan aku hala atasnya
ah..memang tak kena
kosong
sekarang aku jalan slow-slow pergi dapur
aku selongkar laci
aku cari parang dan segala macam senjata tajam
aku duduk semula atas sofa
aku kikis sikit-sikit kulit kepala
darah merah menitis
kulit kepala da aku kopek sampai abis
ah lega
baru lapang kepala dibotak dan otak fikir luar kotak
sekarang aku sedang mencoteng lembar putih
laju...
tapi yang aku risau sebab otak kepala dibotak

**bahana RPH

sesak dan mati

aku rasa mata aku da tak mampu nak lihat
aku fikir telingaku suda tuli, pekak tiada bunyi
aku cuba jerit dalam ruang ini, celaka..aku suda bisu..
aku raba ke dadaku, oh Tuhan..mana denyutnya
aku terus raba ke organ-organ lain..semua kaku..
kaki ku lumpuh macam ranting kering..menanti reput
kenapa dengan aku?
nafasku sesak
ku cuba cari udara
ku cuba raba-raba
hoi, kenapa dengan aku
selamatkan aku..
keluarkan aku dari ruang bangsat ni
kau, ya kau, dia dan kalian..
ketawa dan terus mengilai macam aku tak wujud
selamatkan aku,jangan biar aku mati
sakit, aku rasa sakit
pergi mampus la kalian
tiada simpati atau empati
oh Tuhan
otak dan hatiku mati
otak aku pedih
hatiku ditikam
kerna bayang dua manusia bangsat, celaka
bermanja dengan peluk cium durjana
hati aku pecah
pecah dilenyek-lenyek maha hebat
nafasku semakin sesak
bayang mati da dekat
aku perlu keluar
keluar dari ruang yang
aku,kau dan dia kongsi bersama

Tuesday, August 28, 2012

Bukan tentang kita

Jika mampu ku petik bintang,
akanku hadiahkan ia padamu

Jika mampu ku gapai awan,
akanku cari bintang mewah bersinar tuk terangi hidupmu

Jika mampu ku lukis lautan secantik alam,
akanku balut serapinya khas untukmu

Jika mampu ku pinang "dia" untukmu,
akanku lakukan agar bahagia menjadi milikmu

Ceritera ini bukan tentang kita,
Bukan tentang aku dan kau

bukan tentang cinta
dan bukan kita perannya


Friday, July 13, 2012

Gaduh

gaduh
mereka bergaduh
gaduh kerna celakanya mulut
provokasi sana sini
sialkan kata,babikan bicara
bodoh,
mereka semua
bangang
sedang hijau lagi mereka
haramkan bicara sial babi itu

anak,adik
sedarlah
damaikan hati
punahkan benci hati
kalian,ya kalian
bukakan mata
bisukan bicara
pandang keluar dari otak kau yang bodoh
jangan gaduh

gaduh
benci..
ya itu hasilnya
basuhkan mulutmu
keringkan dan halalkan bicara nanti
aku tunggu damai kalian
sampai mati akanku tunggu

Restu Cinta

Ayah ibu..
diam membisu..
da xmampu..
bercakap kat aku
bahasa kias,memang bukan pesen aku..
restu, memang mereka xsetuju..
xrestu SIAPA DIA PILIHAN AKU..
oh kepala jangan kau buntu..
teruskan cintamu yang membisu..
bisu kerna tiada cinta dikalbu..
kalbu si dia, 
lelaki pilihanku..

**kawen lari~~

Monday, July 9, 2012

X

selagi dia simpan apa saja dari X dia,
dia xsedia lagi nak bukak ati utk yg baru
sila tunggu atau
UNDUR SAJA..

RINDU

satu hari aku sedar
sedar ada rindu
rindu yang syahdu
tak sabar nak luah rindu
tak tertanggung rasanya

Sunday, May 20, 2012

permintaan saya untuk bulan ini adalah....

Assalamualaikum....
(waalaikumussalam...)

Bulan 5..ada apa..ehem ohom...
sje je nak gedik...k..ape k??nk kne lempang??
kau igt kau kecik lagi??....k da jgn nk nangis..<mrh diri sndri>
k bertenang...sje je entry ni ditulis dikala mencari jejak tajuk kajian tindakan yg hampir kesemuanya dihambil o tman2 se"course", dikala emosi sdg tidak setabil meghadapi ari2 mendatang yg penuh onak dan duri,berliku,begkag begkok,gelap gulita,berbonggol2..<ah suda mula merepek thp badak berendam>...
bulan ini adalah BULAN LIMA...ada hari yg sepesial kununnya..jadi untuk melegakan otak sambil berangan2 di tepi jendela melakar impian nan impossible di situ..ceit..akhir bulan 5 ini bufday saya..tarikh lahir saya berada dihujung bulan itu..jadi??alah sje je nk verangan...ni aqilah rahman@cikgu siti punye permintaan untuk akhir bulan ini...ala lau xde yg tunaikan pun xpe..<apa ko fikir ada org bce entry kau??>..k permintaan adalah spt berikut::

1)doa yang terbaik utk mak,ayah,kakak2,n adik2,juga teman2,org2 sekeliling,saudara2 kita d sana,pakwe2,sekendel2,anak2 ikan dan juga dri sendri..<opss..sila abaikan yg tidak perlu>
moga mereka yg berada dlm gambar sentiasa manis2 dan riang2.
.
2)bayangkan malam tu pekin ibrahim wat seperais dtg KHAR..tiup flute kt ground floor pastu aq kt tgkat 9 dpt dgo n ble tgok bwh aq mcm "wow!!"...terharu..nangis 2 3 titik air mata...k blakon je tu..
yg beliau tiup itu bukan flute ttp bhn peghembus asap..anda tahu apakah objek itu??ia objek inovasi terbaru perigkat global...^^


3)pastu tbe2 je ada lilin kek sepesial dr smooch...wow..ouch ouch..sedap~~~..faling tidak kek butterscotch dr SR...ah..keluar hingus tnde hati terharu...kek adalah spt berikut::


ini adlah dr SMOOCH...=)

ini adlh dr SECRET RECIPE

sbnrnye, semua wishing <kecuali 1> hnyalah verangan semata2..utk peghibur ati gundah gulana..k begitu ayt dia..ngeh3..hmm...oh suasana..blue sekaiiiiiii.....tettt...

saya harap sem 6 akan abis dengan jayanya..tiada kes laptop pecah dihumban dr tigkat 9, dinding calar balar diconteng pelajar psiko dan lain2..eh apakah??..diam!!..

p/s::SELAMAT MAJU JAYA SEMUA...<entry xde motip>

Thursday, April 19, 2012

PENAT

Assalamualaikum,
(waalaikumussalam)

Dah lama sangat tak tulis kat sini,
lama sangat2..lebih sebulan,hampir 2 bulan,
banyak tugas, kerja, beban kena tanggung,
penat juga kadang-kadang,
tapi happy juga hati ni,
bukan senang nak senang,
tapi konfem ke akan senang,
penatlah..tapi masih xleh berhenti lagi
kena jalan terus, terus ke depan
oh diri, jangan lah kau mengalah,
kau kena kuat, kalau kau rapuh, seluruh badan akan rebah..
k tu je nak tulis..kbai

p/s::saya kena kuat untuk masa depan saya, kuarga, bangsa dan negara..MALAYSIA BOLEH <tbe2 nationalism meresap 2 saat>

Wednesday, March 7, 2012

BAGI AKU ALASANNYA

sampai sekarang aku tak tahu
tak tahu kenapa kau buat macam tu
apa alasan kau
nak popular??
glamer??
atau apa??
suka suki hati kau je
cuba bagi aku alasannya
alasan kenapa kau buat kerja sia-sia tu
kadang-kadang aku kesian kat kau
kesian sebab terpaksa buat macam tu
sila kesali apa yang kau buat
k tu je aku nak tulis..kbai

Monday, February 27, 2012

WHEN I START THINKING THAT TOMBOY GOT AURA...

Assalamualaikum...
(waalaikumussalam)

Jangan di salah tafsir aku songsang menyonsang aku dipersongsangkan bila kalian mula membaca tajuk diatas
Manusia itu punya pandangannya sendiri..<aceceh BM aq superb giler..tahniah2>
Ada orang fikir kurus itu sexy,montel itu cuteeee,tinggi itu kacak,rendah itu hamboi2 comelss...
ikut otak dan akal saja lah kan..
tiada bodoh dan pandainya suatu perkara itu..<aq mepek ape bai..tett>
itu hari aku buat carian di you tube dan appear lah satu dapatan "YES or NO", which is movie thai
and you know what, it was a lesbi movie..Ya Allah...tp input nye ikut akal sje ye teman2
after spending sometym watching that movie,i was like "kim's cute<refer to main role>"..
mengejutkan aku sudah mula fikir yang tomboy also got their own aura..LOL...^0^
dulu dulu aku pon ada kenalan dari golongan ini..mereka baek dan "romantik" bai...aceceh..yekss
whatever it is, A MAN is still my choice..teettt..:)..
back to the movie,the main role is known as TINA JITTALEELA...
hamboi2 nme cm mok cik den yo..theheehe..sori mak ndak...
let's story abit 'bout her okeh..check this out...yippee

Real name: Supanart Jittaleela

Also known as : Tina Jittaleela

Gender : Female

Birthday : February 12 1991

Hometown: Bangkok (Thailand)

Personal relationship status : Single

Brothers and sisters : Nichapa Jittaleela, Podchara Jittaleela, Tatae Jittaleela
source:pacik gugel ku ^_^


Oh gosh,she's younger than me..it's FACT!!...age is just a number..thehehehe
more and more picture of him..opss her lor..^_-

xoxo
yah!!wake up!!chup chup
-v-

so,as a conclusion,when i start thinking that tomboy got aura,man please do upgrade ur quality yeah..he3..kbai..Assalamualaikum,xjwb dosa,jawab sayangggggg <3<3<3

Sunday, February 26, 2012

JIKA ANDA ADA RM10K....

Assalamualaikum....
<waalaikumussalam>

apa yang anda buat kalau punya duit RM10k??
adakah anda akan.....
1)buat duit hantaran...tp kalau anda perempuan takkan la nak masuk meminang lelaki lak kan
2)shopping sampai lebam..
3)cuti-cuti Malaysia..
4)makan banyak-banyak makanan yang korang idam nak makan selama ni...
5)beli barang kemas buat collection..
6)main saham...??..act otak duit memanjang
7)beli gadget bebanyak...kunun pndai guna..ceh
8)mulakan buat bisnes...10k jd 20k..20k jd 30k....WOW!!!
9)buat kenduri sebulan...
10)sedekah kat orang
11)anta mak,ayah dan diri sendiri pergi haji
0r anda akan....
12)buat bodoh je,guna waktu kecemasan..jangan membazir..perbuatan syaithon~~

Bayangkan duit di bawah berada di dalam genggaman kalian..adoilah~~bahagia sebulan nokss...

~~~$_$~~~

tapi apakah perasaan anda jika duit RM10k itu hanyalah duit hutang yang pada akhirnya anda akan kena pulang semula??..mesti tak bestkan..nak belanja pon mahu fikir 2 3 kali..oleh itu,janganlah anda act nak buat 11 pilihan jawapan diatas..nak pergi haji pon kena la pakai duit sendiri..bukannye duit hutang..kang meninggal kat Makkah kang sape nak bayo hutang kau tu..Oleh sebab itu,marilah kita abaikan saja niat-niat murni untuk membazir tu..

p/s::so,fikir2kan dan selamat beramal...:)

Friday, February 24, 2012

JAJAN SEDAP

Assalamualaikum,
....waalaikumussalam....

sedap betul kalau dapat makan jajan petang-petang ni kan
jajan itu adalah spesis kudapan
hamboilah...
jadi jajan apakah yang kalian minati <kunun tnye diri sendiri>
tadaaaa
shedap shangat beliau ini...
murah saje..RM2 saje...
memang sekali hadap saje..
tiada peluang menunggu malam..

p/s::bila xde pape nk makan,batu kayu pon nampak sedap..:P

Monday, February 20, 2012

MULUT VS TELINGA

Harini bila bangun pagi aku menguap lebar-lebar
hampir penuh lalat-lalat dalam mulut
nyahkan lalat-lalat itu kerna ia hanya hiperbola dongeng
aku guna mulut sampai terkumpul habuk dan noda kotor
penat
letih
aku tanggal mulut letak tepi kaki
berlujur aku kat sofa empuk
berfikir 2 saat
otak menimbang gunapakai mulut dan telinga
aku bantai mulut sampai lebam
kerna mulut itu aku begini
aku pandang telinga
aku sedar
dah lama aku tak guna telinga
mulut lebih dari telinga
kenapa??
sebab suka
suka sangat kat mulut
sampai x pikir tentang telinga
sekarang aku da tahu
aku nak masukkan mulut dalam laci,kunci dengan mangga besar alam
aku nak letak telinga kat tempat mulut

jangan ckp bnyk sbab mulut kau berbau..thehehe

kalau nak guna telinga kena pastikan da dibersihkan telinga tersebut.kalau x,salah informasi la plak :)

Thursday, January 19, 2012

ENDING

Assalamualaikum,temanS...
<waalaikumussalam...>

Akhirnya secara officially aku da nak check out dr kolej by today.so,semua semua pengalaman,pahit manis payau sem 5 akan ternoktah d cni <d mna??..tahlah...>.semua org da lme da blah dr kolej tp aku..ye aku ni memg ske duk lme2 kt kolej..mghabiskan masa terluang bercakap dengan dinding kaku dan keyboard bisu. segala suka duka aku sem 5 ni akan terpahat dan tergantung lam kotak memori.lau de mse t aku ulang tayang semula.mls la nk tulis pnjg2 lgpun aku sorag je yg bce kan <ini qila kesuma punya belog okeh>..d bwh gmbo2 brg dan segala natang jadah harta karun yg suda beres di packing..now,i present to u my natang jadah harta karun..tadaaa...

 ada emas dlm ni..untuglah~~

kalau gadai ni rse2nye leh angkat sekor honda jazz gamaknye..

p/s::dngn segala hormatnye,tamatlah suda kehidupanku d kolej yg indah,permai lg aman ini.semoga kehidupan turut indah,permai dan aman tanpa henti
p/s/s::jmpe sebulan akan dtg..lau rjin se cti aq hapdet lau x,arap maklum ye..<jap2 ko eksen nga borak ngan sape ni,dodol??kunun de makhluk hidup nk bce blog ko ke??semut pon pndg sebelah mte ngan blog ko ni..ado phm???....sekian terima kasih

UNTUK REMAJA

Assalamualaikum temanS....
<waalaikumussalam>

hiburan pop semakin letak di hati.aku suka semua muzik,segala bunyi yang disusun jadi muzik semua aku layan.tapi bila cakap tentang pop,honestly,aku prefer KPOP (korean pop).bukan tak nasionalisme tapi secara jujur dan telus aku kata yang KPOP most interesting and emm lg best..yeah..i can't say more tp dngn music dorag yg memg totally updated plus ngan dance move yg hebat.okeh sudah hentikan cakap <tulis sbnrnye> 'bout kpop..Malaysia pon de grup pop ape..yang lu menggelabah sgt ckp kepoh2 sal kpop apsal,derr??x merdeka ah ckp sal org luar..k over patriotik d situ.sila abaikan.

Msuk perenggan baru pula,music m'sia pon hebat.giler kau ckp xhebat.KRU tu da mcm kilang music da aku tgok <yeke??sori lau slh>.dlu de x-factor,dengan GT boyz  <artis KRU ke..sori skali lg -_->..skang de VIP n UNTUK REMAJA!!untuk remaja??kau ckp psl ape ni derr??..skang wa ckp sal 'untuk remaja lah bro'..forteen la dodol..kte m'sia so aku tlog translate ah kn..ampun xlawak..so,spe forteen ni??sejenis coklat yg d mkan bersama roti ke??no no no..FORTEEN is 1 grup menyanyi..bandboy la gitu pesen dia..jnis msic yg dorag carry is pop..mula2 aku pon xknl..tah spe2 tah..lately ni aku cm dah de kemajuan la skit sal forteen ni..semuanya selepas petunjuk mimpi..c izzue islam msuk mimpi aku..so,aku memg akan tlis kt blog sal mimpi aku kn..hahaha <sori xklakar>..jap aku msukkan picca dak2 forteen...tadaaaa~~~

taken from izzue islam's twitter
next..
pacik gugel mariii

sbnrnye,mle2 aku tgok vid song dorag aku cam "grup nasyid baru ke ni??,tp asal xpakai songkok"..bkn pe mse 1st tym aku tgok vid 'berdua bersatu' tu ngan environment ala2 tanah gersang tanpa air,mke cam ala2 keinsafan,mke dak2 yg suci kununnye <aku melawak je ni..sila jgn saman>,finger tapping ngan gaya body movement yg sama <gaya drag yg trbogkok2 tuh ^^>..so,aku ase xslh la kn lau otak aku interpret yg dorag ni grup nasyid kn..tp alangkah terkojutnye den bila mendapati mereka2 ini adalah 1 grup pop..<buat muka somel ngan mte bulat besar @_@>..pape pon gud luck lah kpd 'untuk remaja' @ FORTEEN ini ye..semoga lama lah dlm industri music m'sia..kbai

p/s::den raso lah kn,muko jang2 portin ni bolih tahan jombu jgak la..kocik bosar kocik bosar je den nengok nye hah..
p/s/s::raso2 lah kan antara pekin ngan izzue,spe lagi kacok bergayo??<den tanyo je,ekau jgnlah tacim>

Saturday, January 14, 2012

AKU DAN KEYBOARD BISU

Assalamualaikum,temanS...
(waalaikumussalam~~...)

malam yang gelap
aku intai bintang hujung langit
gelap
kesian aku
aku tunduk,jengah objek bergerak
kot lah boleh aku cari punca idea
pon takde
macam memang tinggal aku sorang sorang
sorang-sorang ngadap skrin putih
bercakap dengan keyboard bisu
macam orang takde life....
macam xde kawan
padahal berlambak kawan aku
kalau kumpul penuh satu stadium..<bohong giler>
macam tinggal aku,keyboard bisu dengan nota kira-kira
malas aku layan kau kira-kira
kau jahat
kau buat aku pening kepala
aku rela berborak dengan keyboard yang bisu
pekak pon ye
memang sebuah keyboard yang OKU!!

p/s::aku sedang dalam tekanan kira-kira..

Thursday, January 12, 2012

NAK BUAT BODOH JE

nak tengok dia ingat ke tak
sebab tu nak buat bodoh je
kbai

p/s::update blog itu tak semestinya perlu panjag lebih 360 words.

Wednesday, January 11, 2012

KENA JADI RAJIN KALAU NAK....

jadi malas memang xbagus
kalau nak dapat ape yang kita nak
kena la jadi rajin
rajin belajar
rajin begini
rajin begitu
tapi rajin tu apa
rajin tu bukan malas
kbai

p/s::semuanya merepek tapi aku faham

BILA MIMPI JADI JIGSAW PUZZLE

semalam aku bahagia dengan mimpi yang aku gubah cantik cantik
cantik betol sampai aku sayang sangat gubahan mimpi tu
tapi hari ni segala mimpi tu da rosak
rosak teruk gila
macam kumpulan jigsaw puzzle yang berterabur atas lantai
habis kena tiup angin,terbang sampai persisir pantai
rabak dan buruk betol sisa mimpi tu sekarang
compang camping kau tau
aku,hati aku dan diri aku
usaha kumpul spirit bina mimpi baru
mimpi yang aku janji takkan jadi jigsaw puzzle lg
mimpi yang aku lukis atas kanvas
aku lukis cantik,elok
aku gantung dalam ruang hati

p/s::segala metafora dan sastera melayu dahulukala aku campak ikut sukahati

Monday, January 9, 2012

NO SMOKERS NO POLLUTION

assalamualaikum,guys....
(waalaikumussalam..)...

okay,today i would like to write about "SMOKING"
i know maybe several person out there yg mcm 
"lu spe nk ckp psl rokok derrr" 
"lu xtau betapa heaven nye smoking ni,asap kuar bgaikan curahan coklat ke ladang gandum.."bla bla bla
mslhnye broooo,wa ni kne hidu asap rokok luuuu...kalau bau lavender ke,orange ke or mybe strawberi ke sedap la skit idung wa ni kn and the most importantly is, ingredient dlm rokok tu der..
k wa mls nk borak about kndungan sowateva dlm natang jadah rokok tu sbab wa percaya 1001% lu da tau pon kn
penah 1 kejadian wa tutup idung ble lalu dpn smokers,kenapa??sebab wa xnk bdn wa yg lemah ni,yg antibodi  smkin berkurangan ni hidu bau natang jadah rokok 2..
yg paling best dak smokers 2 ckp "asal dak tu tutup idung hah??"
hello der,wa ni xbpe nk kebal sgt nk menolak asap lu tu.tu pon nk tnye lg,sepak nak??
k mls da nk tulis pnjg2..wa juz nk lu pk jgka pnjg,generasi lu,ank cucu lu
wa dgo smoking causing sterility <kemandulan>,so pk2kanlah
plus,NO SMOKERS NO POLLUTION,der!!

p/s::post ni memag dilarang keras bg sesiapa yg ade batu dalam kapla.
p/s/s::lau lu x smoking kn,wa syg lu lbih tau <ayt gedix thp dinosour>
p/s/s/s::mkn lollypop lg ensem dr lu isap rokok,der

MARI MENJAGA KATA

Dari mata turun ke hati
Dari kata turun rasa benci
apa kaitan?
xdepon
tpi kalau nak tau kata-kata tu boleh bunuh orang
sebab lebih tajam dari hunusan pedang
tak caye?..tak caye sudah..
fikir banyak2 sebelum cakap..
aku pun sama je,kadang2 mulut cakap dulu bru nak fikir,memang tak beretika,sangat~~
so,MARI KITA MENJAGA KATA
lau kau xnk,  meh cni aku lempag sedas dua,bg sedar skit,degil ye..<monolog sorag2>

inimulutakuyangberbibirnipis.
memang perlu tutup
next......
ok aku da tutup,engkau dan kalian bila lagi??

p/s::bercakaplah pada masa dan tempat yang sesuai.peace yaww Y

Sunday, January 8, 2012

ME IN MY STUDY WEEK

Assalamualaikum,yall....
(wassalam....)

study week means 7 days specially spending in doing study matter (stdy week aku ber"week-week" kot)
i'm so stress out in study week b'coz i need 2 cover all my study by doing short notes!
eventhough there're 3 papers ONLY,but the papers are in majoring course <MA,LAW n TAX>
so, let's check it out the mode of my study week.How kelam kabut i look,how messy my life

i present to u my photos..tadaaaa

ni proper skitlah..ok next..
tadaa.....
nasiblah tenet xde,so niat fb terbantut..k next pic..
tadaaaa
ni lau pekin tgok ni trus reject oke (sgt prasan ko qila^^)
campak lappy aside,act kunun2 nk focus on the study,but hampeh~~TT
next pic..tadaaa
space kt bedroom limited,so i moved to dining room..he3..
igt leh ke focus cik qila lau lappy is on??opcoz la 0.0001 je thp focus 2 kn
next pic..tadaaa
nescafe is my fav when it was stdy week. it's a good therapy to remove ur sleepy.2 sachets in once..memg torang bijik mato jang
den raso den da boleh jd model iklan nescafe da ni.untug lar..

p/s::den memg ske upload pic byk2..lg2 tym honeymoon nk tggu last paper kn..memg feberet den update blog merepek. rse2nye ble den nk stdy tuk last paper den on 16th ni ek?? bsok lah..
p/s/s::nescafe xbgus utk kesihatan..peaceY

Friday, January 6, 2012

CABARAN UNTUK PEKIN

Dah lama xtulis entry pasal incik pekin
okay,entry ni juz entry cabaran untuk pekin <untung la lau dia baca..kah3 :3)>
kepada yang xtau,incik pekin ini main flute
apa itu flute?
flute itu seruling
apa itu seruling
satu alat yang ada beberapa lubang untuk ditiup <sumber:aqila rahman,2012>
oleh sebab U aku ade course muzik,so,sometym some of music students men natang flute ini
and it sounds nice!paling touch lagu ombak rindu <jiwang la kunun>
so,point penting d sini is AQILA RAHMAN NAK SURUH PEKIN TIUP FLUTE LAGU OMBAK RINDU!!
ada bran,incik??

p/s::hadiah menarik menanti pekin..ha3..tepuk tepuk~~

Thursday, January 5, 2012

Wednesday, January 4, 2012

im the unlucky chosen one

be the chosen one from 3000 or 4000 ++ friends list doesn't bring any meaning!this is fact yaww

p/s::but im glad be the UNLUCKY chosen one.y??adalah~~

Monday, January 2, 2012

TAK TAHU

AKU BETUL BETUL XTAU
XTAU NAK CAKAP APA
XTAU NAK TULIS APA
XTAU NAK BUAT APA
JADI ENTRY NI MEMANG XDE ISI
XDE TUJUAN
SEKIAN, TERIMA KASIH

p/s::aku xtau la ape yang aku xtau!!kau tau??

TAKUT ITU MENAKUTKAN

Tak tahu kenapa
tapi hari ini aku takut
takut sangat sangat
takut nak jumpa besok
kalau boleh aku taknak jumpa besok,tapi terus lompat pada lusa
mustahil!!
bila aku tanya aku,tanya hati,kenapa aku takut?
entahlah,tapi aku takut
kau mesti tak faham kenapa penakut ni jadi takut sangat
besok,besok peluang untuk aku susun dan tentukan masa depan aku
tentukan pandai ke bodohnya aku
tentukan fokus atau lalainya aku di pondok belajar
kaki tangan aku da sejuk sebab takut
arghhh susa la nak explain natang jadah takut ni
rasa takut ni sama macam perasaan aku nak kena injection darjah 6!!
Takut itu menakutkan betul!!

p/s::entry ni wujud dan ditulis dengan perasaan takut.Tangan kaki sejuk sebab takut.kalaulah kau boleh faham ketakutan aku,aku bluetooth rasa takut ni kat kau!!

Sunday, January 1, 2012

BERANI

pelik
pelik sangat
kenapa kau seberani itu, teman
dari mana kau kutip bongkah keberanian dan kau susun jadi seberani tu
berani kau luarbiasa,teman
berani kau merosak segalanya
berani kau rosakkan aku,rosakkan kami!
teman,mana pergi simpati kau,kemanusiaan kau??
mana??
ulat keberanian dalam diri da habis telan semua sifat manusia dalam diri kau
puaskah kau?aku tanya,puaskah kau?
kau berani,aku iyakan
tapi kenapa kau berani
berani rosakkan masa depan aku,kami?
dan sekarang,satu persoalan wujud dalam minda aku sampai berselirat urat-urat merungkai
kenapa kau jadi seberani itu?
apa yang kau kejarkan?
tolonglah teman,tolong berhenti
berhenti menjadi berani...

p/s::mana pon kau pergi,aku doakan Allah melindungi engkau,lindungi mereka.