Friday, November 30, 2012

jangan toleh, jangan jawab

Aku berdiri tegak belakang kau
lama aku begitu
tanpa kau sedar
nol tahap kepedulian
berdiri sambil buat kiraan
yang mungkin entah berapa ribu
berdiri dengan penuh bisu
bercakap guna jiwa
selagi kau perlu, aku akan berdiri
mungkin aku juga selesa begitu
hanya berdiri tegak belakang kau

*diam*

tapi hari ini,
aku da fikir semasaknya
samada aku pergi mati dengan sesal
atau hidup dengan maki yang bakal kau lempar
aku anjak sedikit langkahku ke hadapan
aku rapatkan bibirku ke telinga kau
aku bisikkan "kau ada dalam hati aku"

*berdiri kaku, kedua-duanya*

Pada saat akhir aku dibelakang kau
aku hanya ada satu seru untuk kita setuju
aku tak mahu kau toleh
aku tak mahu kau toleh ke arah aku
aku tak mahu jawabanmu
biarkan aku pergi dengan jawaban
dalam ilusi dan imaginasi
bahawa kita pernah bersatu
walau hanya dalam mimpi
biarkan aku pergi mati tanpa sesal
jangan toleh, jangan jawab, kau kena janji itu


No comments:

Post a Comment