Sunday, April 21, 2013

ya, tidak

Pilih antara YA atau TIDAK
bukan TAK TAHU
bukan ENTAH
bukan TAH PAPE
bukan SUSAH NAK CAKAP

Bila diaju soalan
jawab samada YA
atau TIDAK
mudah
mudah?
ya, sangat mudah
bukannya
tah, taktahu mudah ke idokkkk
bukannya
susah la nak cakap mudah ke tidak
entah, dia macam mudah tp bila pikir agak tidak mudah juga

*sigh

ada satu benda
bukan..bukan
ADA BANYAK BENDA dalam dunia yang kau kena bagi jawapan TEPAT
bukan jawapan atas tali
nak ke kiri, tak sudi
nak ke kanan, tak mahu

bak kata beto dalam cte "tong sampah":orang yang tak yakin je jawab soalan dengan soalan

jadi kes sekarang ni ble kau jwb camtu kau sebenarnya adalah ORANG YANG BINGUNG! peace yaww!! ^^Y



Wednesday, April 17, 2013

Cikgu Singa

As salam

Pada waktu aku tingkatan 2, 14 tahun ketika itu, ada seorang cikgu perempuan yang chantek. Chantek mksud aku, memang chantek. Putih, tinggi n ckup syarat nk jd model muslimah baq hang. Tapi dia GARANG.Pada suatu hari, dia ganti kelas seni dan mintak semua budak lukis something yang represent dia..Contoh lau rasa dia lembut, lukislah softlan, lau rasa dia chantek, lukislah bunga..macm tu..dan besoknya bila kena hantar lukisan tu, dia nmpak terkejut..sangat terkejut!!

Cikgu:sape lukis ni??
Aku:saya
Cikgu:kenapa lukis ni
Aku:xleh ke..saya rasa oke je kot
Cikgu:SINGA?
Aku:oke la tu..ehek

*oke la tu saya lukis singa..lau lukis ayam kang kecik hati pulak...

Monday, April 15, 2013

O dan K

Bila aku ditekan sedalamnya, aku fikir aku rapuh, tapi aku OK
Bila aku disua dengan porak dan peranda, aku fikir aku rapuh, tapi aku OK
Bila aku dijamu dengan dugaan dari anasir, aku fikir aku rapuh, tapi aku OK
Bila aku dibonekakan oleh pendurjana, aku fikir aku rapuh, tapi aku OK
Bila aku dibunuh hidup-hidup, aku fikir aku rapuh, tapi aku OK
Bila aku berhadapan dengan kamu, aku fikir aku rapuh, tapi aku OK
AKU OK
AKU TIDAK RAPUH
AKU OK
AKU TIDAK PERNAH MATI
AKU OK
AKU PEREMPUAN KUAT
AKU OK
AKU OK-OK SAJA
................tak, aku tipu

Tuesday, April 9, 2013

pergi mampus

Pergi mampus dengan kenangan
Pergi mampus dengan apa yang aku anggap kita jalani
Pergi mampus dengan semua apa yang kita alami
Pergi mampus dengan apa yang aku dah bagi
Pergi mampus dengan janji
Pergi mampus dengan harapan yang kau pernah bagi
Pergi mampus dengan kau
Pergi mampus dengan hati aku yang dah rabak
Pergi mampus dengan kau ngan awek baru kau
Pergi mampus dengan semua cerita bohong yang kau sumbat
Pergi mampus dengan doa-doa orang yang kau anggap real
Pergi mampus
Tolong pergi mampus
aku dah hampir mampus bila fikir
aku dah hampir rebah bila kenang
aku harap bila aku bangun pagi esok
aku rasa happy
rasa happy gila
bukan rasa nak mampus!

Monday, April 8, 2013

aku pada mata mereka

aku nampak sihat
pada badan dan jasad, tampak hebat
aku ketawa, senyum
itu semua lucu, aku gelak
mari keluar, mari berseloka
mari berjimba
aku ikut

tapi

bila semua hilang
dan tinggal aku dalam bilik kelamin
sepi ulit
peluk aku erat, ketat
tak mahu lepas
aku nangis
tangis yang aku sembunyi sebalik gebar tebal
harap tangis ni tak mampu kejut lena kalian

aku perempuan yang menangis
pada waktu kalian tidur, terlelap
bukan apa
aku hanya mahu kalian fikir
AKU OK

Saturday, April 6, 2013

Beri aku hak

"semua apa kau tulis, ini tidak patut, ini salah.Kau seharusnya lebih_____, dan lebih ______. Apa kau tak malu tulis itu ini diruangan ini, diruangan itu?Apa kata orang yang baca?apa kata dia yang terkena?apa kata orang yang perasan kau tujukan untuknya?apa kau berani hadapi pandangan-pandangan sinis itu?mana kau letak fikiran waras kau sebelum kau tulis?"

*aku hentikan sebelum aku naik marah

nampaknya aku dah hilang hak menulis di tempat yang aku daftar sendiri untuk menulis. tempat yang aku pilih khusus untuk aku curahkan semua apa ada dalam kepala kepada satu bentuk bertulis. Aku bukan manusia yang mampu ingat benda yang aku rasa dalam kepala. aku perlu tulis.paling tidak ia mampu jadi peraturan-untuk-tidak-ulang-pada-masa-hadapan..aku tidak minta telinga-telinga-mata-mata, segala panca indera kalian membaca..tak suka, maka pergi..jangan pernah singgah kedua kali..jika masih sakit hati, maka block aku terus..aku tak perlu manusia yang punya sikap keji yang tak rela lihat tulisan aku..aku tidak mahu kalian yang begitu, sepertimana kau rasa tulisan aku jijik macam tahi..

sepertimana aku diam
aku nak kau diam
dan beri aku hak
bukan banyak
bukan ditempat kau melepak
tapi hak ditempat aku sendiri
susah?

Friday, April 5, 2013

cerita, soal dan jawab

*basmalah

Dimulakan sesinya

cerita:Aku rasa sedang sedih.segumpal daging dalam dada aku sakit
Soal:kenapa?
Jawab:entah

cerita:Tuhan tunjukkan apa dia rancang, yang aku tak tahu
Soal:Jadi kenapa kau rasa sedih?
Jawab:entah

cerita:selepas detik itu, aku rasa sedih.Tapi aku tak tahu kenapa
Soal:kau suka dia?cinta?
jawab:entah

cerita:mungkin silapku
Soal:kenapa kau kata begitu?
Jawab:entah

cerita:Tuhan atur apa aku tak tahu. dan begini akhirnya
Soal:jadi kau ok?betul2 ok?
Jawab:entah

cerita:aku hanya terkejut, mungkin
Soal:kau perlu masa?
Jawab:entah

...................
tiada sesi cerita, sesi soal mahupun sesi jawab selepas itu
*sunyi


aku hanya tahu untuk cerita. setiap kata dan tutur yang aku susun, itu cerita. Jika diajukan soalan padaku, aku tak mampu beri jawaban kau mahu.betul-betul tak mampu nak jawab. aku tak punya jawaban... entah..entah apa rasa yang sedang menggeletek ruang daging dalam dada ini..Tuhan tahu, dan aku tidak..yang aku tahu, aku sakit dalam ni

Thursday, April 4, 2013

Buat orang, maka dapat

orang tua zaman dulu,
hutang darah, dibalas darah

maknanya, setiap yg bersalah perlu DIHUKUM
maka dendam perlu DIBALAS!

tapi
kita da moden kan
ada satu perkataan yang mampu untuk pujuk diri dan jiwa juga hati
KARMA

karma adalah satu jenis hukum
orang zaman kini yang sudah laku dosa
maka perlu dihukum dengan sumpahan karma
buat pada orang, nanti kau dapat

Tuhan itu adil
yang paling adil
Hakim yang paling adil
nanti akan tiba masa
kau dapat, apa kau beri
aku harap, taklah pedih sangat
paling tak, mampu buat kau fikir
kau pernah beri pada orang
kau pernah laku dosa
cukuplah, kau rasa mati masa tu