*basmalah
Dimulakan sesinya
cerita:Aku rasa sedang sedih.segumpal daging dalam dada aku sakit
Soal:kenapa?
Jawab:entah
cerita:Tuhan tunjukkan apa dia rancang, yang aku tak tahu
Soal:Jadi kenapa kau rasa sedih?
Jawab:entah
cerita:selepas detik itu, aku rasa sedih.Tapi aku tak tahu kenapa
Soal:kau suka dia?cinta?
jawab:entah
cerita:mungkin silapku
Soal:kenapa kau kata begitu?
Jawab:entah
cerita:Tuhan atur apa aku tak tahu. dan begini akhirnya
Soal:jadi kau ok?betul2 ok?
Jawab:entah
cerita:aku hanya terkejut, mungkin
Soal:kau perlu masa?
Jawab:entah
...................
tiada sesi cerita, sesi soal mahupun sesi jawab selepas itu
*sunyi
aku hanya tahu untuk cerita. setiap kata dan tutur yang aku susun, itu cerita. Jika diajukan soalan padaku, aku tak mampu beri jawaban kau mahu.betul-betul tak mampu nak jawab. aku tak punya jawaban... entah..entah apa rasa yang sedang menggeletek ruang daging dalam dada ini..Tuhan tahu, dan aku tidak..yang aku tahu, aku sakit dalam ni
No comments:
Post a Comment