aku nampak sihat
pada badan dan jasad, tampak hebat
aku ketawa, senyum
itu semua lucu, aku gelak
mari keluar, mari berseloka
mari berjimba
aku ikut
tapi
bila semua hilang
dan tinggal aku dalam bilik kelamin
sepi ulit
peluk aku erat, ketat
tak mahu lepas
aku nangis
tangis yang aku sembunyi sebalik gebar tebal
harap tangis ni tak mampu kejut lena kalian
aku perempuan yang menangis
pada waktu kalian tidur, terlelap
bukan apa
aku hanya mahu kalian fikir
AKU OK
No comments:
Post a Comment