Wednesday, October 31, 2012

Perempuan tanpa hati

sedang yang lain-lain mengejar seronok duniawi
aku sedang mati di sini
aku sedang menunggu dan terus sendiri
kerna dia telah bawa hatiku pergi
curi dan aku rela ia terjadi
pergi dan terus hilang tanpa ganti
tinggalin aku yang masih menyendiri
kini
aku menjadi perempuan tanpa hati

Monday, October 29, 2012

sumpahan

malam ni
aku terbang melayang
atas langit yang mendung warnanya
hitam legam tanpa cahaya
bulan yang sepatutnya muncul
tiba-tiba hilang cahaya megah
duduk belakang awan terus sembunyi lama-lama disitu
bintang juga sama ceriteranya
sedang sepakat mahu matikan kerlipan
angin seperti dalam rajuk
tiada hembus walau sedikit dari bayunya
semuanya kerana sumpahan
sumpahan racun yang kununnya diberi engkau
"istimewa untukmu"
kau bilang begitu
tika itu yang mampu ku luah hanya percaya saja
tapi semakin lama
lama
lama sangat selepas sumpahan itu
aku rasa racun ini semakin sebati dalam diri
sampai bikin aku mati
"matilah lah kau"
suara perlahan bisik keluar dari hati pergi telinga
serap ia dalam minda aku
minda aku yang sedang kontang
yang sedang nol
yang hanya sibuk pikirkan kau
lahanat kau
racun apa yang kau bagi aku ni
aku tak mahu jadi si katak yang disumpah ibu sihir
aku tak mahu jadi puteri sama 7 kerdilnya yang kaku diam bisu tanpa nadi
aku tak mahu begitu
kalau lah mampu aku muntahkan kembali racun itu
akan ku lakukan
aku mahu hidupku
aku mahu nyawaku
nafasku
dan nadiku
hentikan beri aku racun ini
kalau kau mahu aku mati
mari
kita mati bersama
mari kita bersemadi
bersemadi dalam liang yang sama
hanya kau, aku dan Tuhan kita

Saturday, October 20, 2012

Si Anu

malam ini si anu masih dalam dunianya
dunia yang bagi si anu hanya milik dia
si anu keluar rumah
duduk atas buaian
digerak ia perlahan
si anu pandang langit kusam yang dianggapnya terang
kerna ada bintang dan bulan
si anu lakar buruj guna tangannya
"jika mampu ku lakar masa depanku seperti ini"
fikir si anu
si anu bukan siapa-siapa
 si anu hanya insan yang gigih dalam rapuhnya dia sendiri
si anu tidak punya siapa-siapa
hanya dia dan hatinya
si anu yatim piatu
si anu hanya pelakon picisan yang berlakon dalam
layar filem dunia
si anu tak kesah itu
si anu tahu siapa dia
si anu kenal dirinya
walau dihina dan dicaci
si anu masih kekal berdiri
walau orang lain anggap si anu hanya anjing jalanan
si anu juga punya impian
impian si anu tinggi melangit
si anu suka sangat berangan tentang masa depan
si anu mahu jadi orang berguna
walau hanya kutip sampah
si anu bangga
kerna ada si anu la bumi ini bersih sentiasa
si anu masih melangut dan memandang langit
seperti awalnya tadi
dan akhirnya si anu tertidur sendiri
dalam mimpi, delusi dan imaginasi si anu
biarkan si anu
jangan diganggu
lenanya itu
biarkan si anu rasa kaya walau hanya dalam mimpi si anu

Lelaki kalbu

Kau bakal jadi imamku
kau bakal jadi menantu ayah dan ibuku
adik kekandaku
abang adindaku
kau bakai jadi hero pertama anak lelakiku
kau wali anak-anak gadisku
datuk kepada cucu-cucuku
andai kau mampu itu
jangan segan-segan
check in kalbuku
dan akanku tunggu ketibaanmu
wahai lelaki kalbu

Friday, October 5, 2012

Ungkit budi

Aku hanya perempuan hina
yang kurang serba serbi
yang mudah leka memakan budi
Budi aku makan dengan lahap
Tidak ku tinggal walau secebis

Kau
ya kau
kau bangunkan aku
kau menghentak dan
mengoncang tubuhku
yang sedang enak meratah budi-budi ini

Kau luah
kau ungkit
hati aku sakit
sungguh aku kerdil di mata kau
Jika bisa aku luahkan
aku muntahkan
aku korek anak tekak dan
aku keluarkan segala
budi yang aku makan tadi
supaya kau mati
dan
berhenti mengungkit budi