Friday, February 22, 2013

Warna

Pelangi tujuh warna
kita bawa warna
hitam putih, kita pilih
mungkin setiap dari kita mahu tonjol putih
hitam simpan dalam-dalam, senyap
oren,aku nampak putih
merah,aku nampak putih
biru, aku nampak putih
hijau, aku nampak putih
kuning, aku nampak putih
semua warna, aku nampak putih
betapa bijak kau manipulasi sekian-sekian warna, sampai aku buta
yang aku nampak, itu..putih
tapi
akan datang masa, kita sama
seiring
berjalan
berenang
berkhalwat
berjiwang tepi sungai
berdua
mesra
cium
bau
sampai hanya ada satu warna
HITAM
jadi, warna sebenar akan appear nanti
masa tu, memang salah aku
sebab dungu

Saturday, February 16, 2013

Tah

Ada sorang kawan bilang di status efbinya
"Biar dikejar, jangan mengejar"
.................................
Jadi aku percaya, aku sepatutnya begitu
Jadi aku cuba menjadi seperti itu

dia juga menambah
"Nanti dia carilah kau"

Thursday, February 14, 2013

Mesej Lama

Sejak akhir-akhir ni
aku perasan tabiat membaca aku makin pelik
apa benda jadah yang aku suka, aku baca
sampai mesej-mesej lama dalam hengpong aku belek
sampai senarai nama kamu
*berhenti
aku amik masa setengah muka jam
aku hela nafas paling rabak, aku rasa
ada yang menarik sampai aku berhenti begitu lama
aku belek setiap recent mesej
sampai ke akar, aku berhenti
*sigh
banyak juga yang da kita tinggalkan dibelakang
akarnya da aku gali, aku tunggu pucuknya kini
tunggulah sikit masa lagi
samada ia mati tanpa bunga
atau terus mekar wangi berseri
kita tunggu saja


Wednesday, February 13, 2013

kerana jari, rosak rambut mark zukerberg ku kerja

Rasa malas sangat nak menulis dekat FB
bukan merajuk dengan Mark Zurkerberg
tapi merajuk dengan penerimaan kawan-kawan disitu
kang bila aku tulis tak ikut selera dorang, aku kena hentam
sedih tahu
macam da hilang kebebasan menulis..puihh
satu hari, aku dengar ceramah tivi9
tajuk "kerana mulut"
ustaz tu bilang sekarang ni bukan sebab mulut je leh bergaduh
tapi sebab jari..hanya jari..tak perlu bercakap
kuasa jari berleluasa..
tulis-post-tunggu orang komen-balas-gaduh..ceit cipet peperezzi haktuih (pnjg ko meludah oii)
kang tulis gitu, de trasa, de tbe2 majuk xnak kawan..majuk 2 saat..*childish heremm jedeh
jadi, aku suka cakap (menulis sbnrnye) kt blog..
xde org komen..kak bedah hokaloh sukaaaaaa!!!!

jadi, kesimpulan tersimpul "kerana jari, rosak rambut mark zukerberg ku kerja"..

Mata kita pon tak sama

BEZA
LAIN
TAK SAMA
........................
istilah word di atas diguna untuk describe apa yang aku rasa, kau tidak
apa yang aku fikir, kau tidak
apa yang aku punya, kau tidak
apa yang aku makan, kau tidak
apa yang aku percaya, kau tidak
apa yang aku suka, kau tidak
apa yang aku cinta, kau tidak
apa yang aku pakai, kau tidak

*beza
kita semua berbeza,
dari gaya berjalan
gaya makan
gaya mengurat gadis/jejaka di tepi jalan
gaya berdengkur kroh kroh
gaya, ya segalanya

*lain
kita semua berlainan
ada yang suka makan nasik lemak dengan telur rebus
ada yang suka makan nasik lemak dengan ayam rempah
ada yang suka makan nasik lemak dengan kerang sambal merah
ada yang langsung tak suka nasik lemak

*tak sama
aku pakai baju kaler biru, kau hijau
aku pakai baju saiz xxxl, kau s pon da okeh
aku pakai bra saiz zzzzz, kau tak pakai (sebab kau lelaki)
aku pakai ubat gigi darlie, kau suka colgate

nampak apa aku nak cerita??

fikir, jangan marah dulu
bayangkan semua apa yang kita pakai, makan dan minum hari ini
sama dengan minah indon jual keropok ikan depan kilang tu
sebijik..
maka hidup ini tak best, hanya satu kaler
putih
xde hijau
oren
biru laut
kelabu taik hanjeng
coklat tahi munyet
bla bla bla (mulut berleter benda tak penting)

jadi bila aku punya pendapat begini, kau angguk dan simpan, walau tak setuju
jadi bila kau punya pendapat begini, aku angguk dan simpan, walau tak setuju
ada benda penting yang kita patut jaga, selain pakat berantem
kita patut jaga HUBUNGAN landas HORMAT campur perisa LEK AH
kalau kau buang banyak masa untuk benci dan berbalah, maka kau persia masa untuk cuba cinta

kawan-kawan, bentuk mata kita pon tak sama..belajar terima..

nota kaki::kalau semua nak jadi doktor, guru, nelayan etc sape nak jadi penagih dadah..penagih dadah xde, nanti polis xde keje..aikk??..ehem2..*batuk sikit*..ini pendapat insan pencacai yang melukut di tepi Legoland saja...



Tuesday, February 12, 2013

Once upon a time

Pada suatu hari, aril mintak aku bikinkan lirik lagu untuk dia. Hai mamat sorang ni. Dulu dah aku bikinkan. Nak yang liriknya dalam bahasa omputih. tapi katanya susah nak di"match" sama melodi yang da siap tu. Jadi kali ini dia mintak aku bikinkan yang senang-hawa-telinga-mendengar. Nak yang ada cerita. Macam kisah gadis kuar rumah pakai sekirt kaler pink, jalan2 di taman yang indah lalu tertumpah eskrim pop di baju jejaka. lalu pum pang pum pang bercinta.Bahagia atau derita ikut suka hati mak tiri jiran sebelah rumah bekas kekasih aku. Ni cerita 3 bulan lepas. Sekarang dah dua tiga kali aril talipon aku n sms mintak lirik lagu tu. Gila!!mana idea aku nak sedut.ingat dari pandang klangit dan klawut dah mampu nak siapkan lirik cintan cintun beruk babun mak nyeh tu. ok sebenarnya aku tipu. Bukan langsung aku tak cuba siapkan lirik yang dia mahu. dah berlambak puisi yang aku tulis lepas dia bagitau aku nak lirik tu. tapi satu haram jadah masterpiece pon aku tak puas hati. Kalau boleh taknak la tahap lagu ABC 123. Nanti si aril ni gelakkan aku. dia ni boleh tahan gampang membahan.abis tujuh keturunan aku kena bahan kalau tahap lirik tong sampah. lagi satu alasan kenapa susah sangat dan disiapkan lirik tu is aku mana ada pengalaman bercinta. nak bermadah cinta. Ok aku tipu. kenangan cinta dulu-dulu tu tak brapa kuat sampai boleh dilirikkan.kununnya *sigh*
jadi aku pesan pada aril harap sabar lebih sikit. aku tengah single sekarang. takkan nak cerita pasal rukun negara, lagu pilihanraya, lagu PSY datang m'sia..kejaplah..aku tengah cari kekasih ni. bila ad kekasih senang sikit nak meroyan menulis kata..ingat nak cari kekasih ni macam nak beli taugeh di kedai pak wahid??tunggu masanya, siaplah lirik lagu yang kau mahu tu..lambat ke cepat aku pon tak tahu..sumpah aku tak suka keja ade due date..sungguh tak best..asal kau berani tunggu, siaplah nanti..

p/s:aril kata nak jual lagu tu..
p/s/s:nak jual macam mana, lirik pon xde..muahaha
p/s/s/s:aku bizi ni aril, nanti2lah aku siapkan...
p/s/s/s/s:sebenarnya, kalau tahap lirik aku ni tak terharga harganya ril..takut xde orang mampu nak beli..ah poyo!!!

aril ni percaya aku boleh menulis..wei aku pon tak percaya aku boleh tulis wei..tulis setakat tahap belacan campur budu..makan ngan nasik pon sodap wok~~

aku tipu

aku pernah kata kau type aku, aku tipu
aku pernah kata aku suka lepak dengan kamu, aku tipu
aku pernah kata kau sahabat teragungku, aku tipu
aku pernah kata kau sempurnakan hidupku, aku tipu
aku pernah kata aku selalu akan jadi bahumu, aku tipu
aku pernah kata walau tiada nasi, aku kenyang melihatmu, aku tipu
aku pernah kata kau pertama terakhirku, aku tipu
aku pernah kata rindu gundahku kulimpahkan hanya untukmu, aku tipu
aku pernah kata aku terima kurangmu, aku tipu
aku pernah kata aku tak cemburu, aku tipu
aku pernah kata buat apa sukanya kamu, aku tipu
aku pernah kata pergilah kejar gadismu, aku okay, aku tipu
aku pernah kata aku tak harap apa-apa dari kamu, aku tipu
aku pernah kata tanpamu, aku tak mati, aku tipu
masa kita sama-sama dulu yang benarnya, aku banyak tipu
tapi ada satu yang pasti aku tak tipu
aku rasa hati aku ada pada kamu

nah pisau, robek tepat terus ke dadaku

Thursday, February 7, 2013

Mana lebih sayang?

Petang ini langit kaler kelabu
tanda hanya mampu redup tanpa hujan
aku lihat ayah bersiap-siap segala macam perkakas
nampaknya macam nak membasuh
baldi, kain buruk dan segala macam alatan
dicapainya segenggam kunci
dia pergi
.
.
.
.
.
aku jengah ayah dilaman rumah
bersiul perlahan, tangan sibuk menggilap itu ini
semenjak berkereta baru, si toyot dalam garasi itu selalu meragam
tapi aku tahu ayah tak pernah lupa si tua toyot itu walau da punya yang baru
kami berkongsi momen tujuh beranak diperuk masuk dalam badan si toyot
kami yang bersaiz badak-badak air ini bikin magis
ketawa monyet aku bila aku kenang kenangan itu
kami susah, kami kongsi tujuh beranak
orang pandang, kami sengihkan, itulah kami
.
.
.
.
.
tapi sekarang si toyot punya adik baru
adik yang dibelai ayah kini, tapi ayah adil
si toyot juga selalu diusap, ayah tak mahu si toyot hilang perhatian
aku pernah suarakan pada ayah "jualkan saja ayah si toyot itu"
"yang lain boleh dijual, tapi bukan dia.dia itu banyak kenangan. adikmu lahir, dia peneman", bilang ayah
.
.
.
.
.
Aku pernah menagih ijin ayah untuk memandu kereta baru itu
ayah bilang "selagi ayah hidup, ayah bawamu kemana saja langkahmu mahu"
sudah namanya anak gadis ketagih bebas, otakku selalu fikir yang enggak-enggak
"ala, ayah sayangkan kereta baru itu, lebih dariku.takut kalau aku calar-balarkan"
tapi sekarang baru aku tahu, melalui sinar mata ayah, ayah tak pandai nak tipu
ayah sayang aku lebih dari kereta baru
ayah mahu sentiasa ada dengan anak gadis gebu
sampai bila?
aku harap sampai bila-bila

Kertas puisi

Aku fikir kau masih simpan
benda yang paling istimewa yang aku pernah bagi
benda yang aku kena perah semua idea dalam otak
lepas diperah, aku conteng di kertas putih
diloretkan tajuk yang paling indah
diukir kata-kata manis, mungkin manis bagi aku
nah, siap santapan puisi jiwang, kau bilang ia jiwang
tapi masa kini telah menelan masa lalu
sikit-sikit tinggalkan ia
yang aku pegang sekarang hanya kenangan
dan aku harap sangat kau masih simpan
sebab aku langsung tak pernah bagi isi otak aku pada yang lainnya
ok aku tipu
pernah aku bagi pada yang lain
tapi isi dan hujahnya tak seikhlas yang punyamu
mungkin hari ini aku harap kau masih simpan
dan kau hayati baris-baris kata yang aku coret itu
kalau kau faham, ingat aku
ingat perempuan gila ini pernah berikan hatinya untukmu
kalau kau fikir ia kosong tanpa makna, koyak rabakkan, lalu kau bakarlah
supaya aku takkan tahu, tangan ini bertepuk hanya untuk sebelah cuma

Wednesday, February 6, 2013

Karma

Bila aku dilayan macam sampah
macam seekor lalat yang dihalau kerna
mencium bahu hujung lempeng kelapa
Perlu perhatian sedikit cuma
Aku diam dan pergi
Menanti suatu pagi untuk Tuhan bagi aku
semangat baru
semangat untuk lupakan hari semalam yang pahit macam hempedu
aku ini
bukan angel berkepak dua
yang naif dan serba memaafkan
aku hanya manusia yang biasa-biasa
penuh dosa dan noda
bukan maksum
aku simpan dendam dalam hati paling dalam
moga akan ada suatu hari
hukum karma jadi, berlaku
kalau bukan dari aku
mungkin dari koleksi musuhmu

Destroy

Setiap kali berlutut menghadap Tuhan-Nya
Perempuan itu takkan tinggal doa yang selalu dia pinta
doanya yang menjadi rahsia antara dia dan Tuhannya sahaja

(idea da mati..sambung nanti)

Tuesday, February 5, 2013

Surat sebelum mati

Persediaan...(menuju tuhan nanti)

wahai semua ahli keluarga, sahabat handai, teman, kawan, waima anda strangers pon bagiku. Mudah-mudahnya enaklah segala badan dan urat sendimu. Ini surat yang aku tulis hanya mungkin untuk suka-suka. random things. Menulis surat sebelum mati. Bila matinya, aku tak pasti. Rahsia Ilahi. mungkin besok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, 2 tahun lagi, empat tahun lagi, atau mungkin selepas ini. Ya, aku manusia biasa, tidak sempurna, cetek ilmu, kurang adabnya, sakitkan hati orang, membahan rakan tanpa segan silu, degil, keras kepala, kedekut, malas, ikut kepala sendiri, tak pandai pujuk orang, bla bla bla..tapi kalau roh ini sudah keluar dari jasadnya, aku melutut hadapan kalian moga lembutlah hati kalian memaaf dan melupakan apa yang manusia jahil ini telah lakukan. Jika ada hutang yang telah terlajak tidak dibayar dan mahu dikutip, temuilah waris2 ku nanti. tapi jangan disusahkan hidupnya, kerna aku yang salah.

{aku da xtau nak merepek pe lagi..sebenarnya tajuk entry ni aku dapat idea dalam toilet..tiba2 teringat mati..imagine pe jadi pada aku lau aku mati tapi dalam keadaan orang lain membenci..aku khalifah bumi, tapi apa aku da bagi, sekelumit zarah pon aku tak pasti kalau diri ini telah memberi kata suci pada orang lain..hm tahla..kena muhasabah diri betul2 ni}

Pe'ot

akan ada satu kali dalam sebulan aku rasa
macam gampang
rasa macam sampah
rasa macam ada beban besar dalam perut
emosi gundah
nak marah orang
rasa nak tampar orang
nak nangis
muka macam bulldog
bulldog comel lagi
pantang de yang tak kena, kena tengking nanti
orang perempuan
je rasa
ini nikmat katanya

Mimpi dari Setan

Lelaki itu sedang sedia
badannya hanya ditutup gebar lusuh
berbaring di atas katil telanjang tanpa cadar
bibirnya diselit rokok jenama X
.............................................
Aku sedang duduk berdandan dipinggir katil
duduk ala wanita penggoda 80-an
berhias secantik dan serabak mungkin untuk perokok jenama X
gincu merah aku calit di bibir
............................................
Perokok jenama X dan aku
sedang lagi bencinta
...........................................
*pintu diketuk
.
.
.
.
.........................................
aku terjaga dengan rambut kusut masai
siot
ini mimpi dari setan
hilang bayang si perokok jenama X
yang ada
hanya aku dan bilik biru
itu semua mimpi yang main di petang hari
sedialah untuk gila

Monday, February 4, 2013

Bila jadi pada kau, jangan tanya kenapa

Aku ini manusia biasa
mungkin lebih rendah sikit dari tahap biasa
lebih tepat aku ini manusia kurang biasa
tahap canteknya, kurang biasa
tahap bijaknya, kurang biasa
tahap rajinnya, kurang biasa,
tahap sabarnya, kurang biasa
makanya, aku harap kau jangan uji sabarku
kerna kuantiti sabarku tinggal sepenutup botol
kualiti sabarku juga sedang yang paling rendah tahapnya
sebelumnya, aku fikir aku mampu untuk
pekakkan telinga,
bisukan lidah,
butakan mata
tapi rasanya
kaedah itu suda basi
darah dibalas darah, pahlawan kata
jadi, bila benda ni jadi pada kau, jangan tanya kenapa

Friday, February 1, 2013

Ini kisah tentang telur

Baca dengan minda yang waras, tidak kuning atau biru, emosi stabil dan terbuka. Saya beri amaran ini cerita tentang saya. Orang yang berasa pengalaman di alam nyata. Bukan tentang orang lain, ini tentang saya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku punya sebiji telur
telur ini telur yang masih mentah
Yang masih rapuh
Yang akan pecah bila dihentak ke bawah
Yang perlu dijaga dengan rapi, penuh hati-hati
Aku sepatutnya menjaga telur ini sendiri
perlu melindungi telur ini
Telur ini sudah lama dalam simpananku
aku tahu jika salah lakuku
ia akan pecah, membawa bau
malangnya, aku tidak cukup bijak
membuat keputusan
aku memberi telur ini kepada orang yang paling aku percaya
Yang aku percaya dia akan menjaga telur ini sebaiknya
Suatu hari
tanpa dibisik dengan suara dari siapa-siapa
angin membawa berita
telurku pecah..!!
manusia yang paling aku percaya itu
telah gagal menjaga telurku dengan baik
telur itu telah hancur
baunya bikin semua lagi menerpa
baunya bikin manusia lainnya memesong mata
dan akhirnya
manusia yang paling aku percaya berkata
"aku tak tahu apa-apa"
dan hari ini
mungkin menjadi hari paling celaka
bila aku sendiri, sepi
sedang menanggung bau paling busuk
paling jijik
kerana kesilapan aku memberi telur itu kepada orang lain
aku sepatutnya tidak patut terlalu PERCAYA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
telur itu umpama amanah. Bila aku ingin sepasang telinga, aku lihat dulu orangnya. Bila aku percaya aku sedia bercerita, maknanya aku rasa engkau manusia terpercaya. Malangnya, aku rasa aku dah silap..

Cari aku

Cari aku bila kau perlu
Cari aku bila kau rasa kau mahu aku
Cari aku bila kau rindu
Cari aku bila semua orang ke sana dan kau ke situ
Cari aku bila kau perlu idea dari otak dungu
Cari aku
Aku tunggu