Tuesday, February 12, 2013

Once upon a time

Pada suatu hari, aril mintak aku bikinkan lirik lagu untuk dia. Hai mamat sorang ni. Dulu dah aku bikinkan. Nak yang liriknya dalam bahasa omputih. tapi katanya susah nak di"match" sama melodi yang da siap tu. Jadi kali ini dia mintak aku bikinkan yang senang-hawa-telinga-mendengar. Nak yang ada cerita. Macam kisah gadis kuar rumah pakai sekirt kaler pink, jalan2 di taman yang indah lalu tertumpah eskrim pop di baju jejaka. lalu pum pang pum pang bercinta.Bahagia atau derita ikut suka hati mak tiri jiran sebelah rumah bekas kekasih aku. Ni cerita 3 bulan lepas. Sekarang dah dua tiga kali aril talipon aku n sms mintak lirik lagu tu. Gila!!mana idea aku nak sedut.ingat dari pandang klangit dan klawut dah mampu nak siapkan lirik cintan cintun beruk babun mak nyeh tu. ok sebenarnya aku tipu. Bukan langsung aku tak cuba siapkan lirik yang dia mahu. dah berlambak puisi yang aku tulis lepas dia bagitau aku nak lirik tu. tapi satu haram jadah masterpiece pon aku tak puas hati. Kalau boleh taknak la tahap lagu ABC 123. Nanti si aril ni gelakkan aku. dia ni boleh tahan gampang membahan.abis tujuh keturunan aku kena bahan kalau tahap lirik tong sampah. lagi satu alasan kenapa susah sangat dan disiapkan lirik tu is aku mana ada pengalaman bercinta. nak bermadah cinta. Ok aku tipu. kenangan cinta dulu-dulu tu tak brapa kuat sampai boleh dilirikkan.kununnya *sigh*
jadi aku pesan pada aril harap sabar lebih sikit. aku tengah single sekarang. takkan nak cerita pasal rukun negara, lagu pilihanraya, lagu PSY datang m'sia..kejaplah..aku tengah cari kekasih ni. bila ad kekasih senang sikit nak meroyan menulis kata..ingat nak cari kekasih ni macam nak beli taugeh di kedai pak wahid??tunggu masanya, siaplah lirik lagu yang kau mahu tu..lambat ke cepat aku pon tak tahu..sumpah aku tak suka keja ade due date..sungguh tak best..asal kau berani tunggu, siaplah nanti..

p/s:aril kata nak jual lagu tu..
p/s/s:nak jual macam mana, lirik pon xde..muahaha
p/s/s/s:aku bizi ni aril, nanti2lah aku siapkan...
p/s/s/s/s:sebenarnya, kalau tahap lirik aku ni tak terharga harganya ril..takut xde orang mampu nak beli..ah poyo!!!

aril ni percaya aku boleh menulis..wei aku pon tak percaya aku boleh tulis wei..tulis setakat tahap belacan campur budu..makan ngan nasik pon sodap wok~~

No comments:

Post a Comment