Sunday, January 6, 2013

Perigi ini putus asa

Orang tua-tua bilang
jangan jadi perigi mencari timba
kita wanita
perlu ada rasa sopannya
orang muda-muda bilang
ada apa dengan perigi mencari timba
sekarang sudah zaman paip
bukak paip,terus keluar airnya

*********************
Aku mahu beraksi bagai perigi pada mulanya
membina diri serta jati
berhias secantik bisa sebuah perigi
menambah warna pada setiap segi
sudah siap semua penjuru,semua sisi
perigi ini berjalan pergi
melangkah mencari timbanya yang bermain lari-lari

Dan sampai ke hari ini
perigi masih terus melangkah
sikit-sikit
menoleh kanan dan kiri
Masih mengendap timba

Hari ini
walau sudah berada di tengah-tengah jalan
bila perigi sudah lelah
sudah penat mencari
sudah letih memberi bayang-bayangan
sudah letih memercik setitis dua air ke timba
perigi sudah putuskan
biarlah aku hanya
menjadi perigi buta
ditutup kepala
tanpa timba
tanpa pengguna
biarkan ia buta
selamanya
kerna
perisi ini sudah putus asa


No comments:

Post a Comment