Sunday, March 31, 2013

Jiwa

Ini tentang kisah satu jiwa
jiwa itu aku tak tahu mana letaknya
cuma aku tahu apa dia rasa
aku sakit
jiwa aku sedang meniti ranap
sikit-sikit terhakis ikut waktu dan masa
aku dan jiwaku sedang leka dan lalai berdiri di persimpangan masa
masa dan waktu terus berlalu
tinggal aku dan jiwaku
terus kaku
mati
jasad ini bernafas
berombak
tidak normal
jiwa ini sedang dalam kritikal
sedang rapuh
sedang jatuh
jasad ini turut menanggung apa jiwa rasa
aku sudah cuba berlakon jadi kuat
berlakon jadi hero paling kental
walau dalam ini
jiwa aku dah lama mati
sekarang
aku da mati
jiwa
akal aku
semuanya
mati sebelum tiba masa ditetapkan pemilik seluruh alam
Tuhan, tolang bagi aku kuat
tolong

Saturday, March 23, 2013

L

Lambat masa putar
Laku dan tingkah aku canggung
Lemah badan, aku paksa
Lalu, aku terus cuba bangkit
Lagi
Lagi
Layu, bukan hanya pada jasad
Layu aku seluruh pada jiwa yang sudah makin kaku
Lemas
Lemau
Laaa....da kenapa dengan aku
L..ini semua punca dari L
Lef

Friday, March 22, 2013

Motor vs cinta


sakit jatuh motor dulu2 da hilang
tapi tinggal parut kt kaki ni
parut je
sakitnya da hilang
betul betul da hilang
parut tu tertinggal kat situ
berguna untuk jadi peringatan
supaya aku tak bawak motor laju-laju lagi

sakit jatuh cinta takkan hilang
tinggal parut
dalam perut
dalam ginjal
dalam paru-paru
buah pinggang
pundi kencing
sakitnya takkan hilang
xde parut
parut yang aku xnampak tuk jadikan pengajaran
akhirnya, xde pape tanda yang boleh aku jadikan peringatan
jadi, tak mustahil aku ulang silap yang sama, nanti

beza jatuh cinta dan jatuh motor, ada parut tuk jadi peringatan agar tak ulang, xde parut tuk dirujuk, ulang banyak kali, sampai mati

aku rasa sakit jatuh cinta lagi sakit dari jatuh motor..serius, aku tak tipu..rasa macam..macam..minum cili blended makan cili kering..sakit macm tulah

Perempuan mahal

barang murah
barang pasar malam
mana lalat-lalat suka hinggap, hurung
boleh dapat hanya dengan labur sikit wang
doposen, geposen, dapat dah
barang cikai, semua mahu
guna-rosak-buang
habis sebuah cerita barang murah

barang mahal
JPO, pavi, KLCC
simpan dan papar dalam gerobok kaca
dikilat, dilihat dari jauh
eksklusif
tak mampu-lihat-tenung-pergi
mampu-lihat-tenung-credit card
waranty bpe taun
simpan dalam penjuru paling kelas dalam rumah
dijaga-dirapi-disayang-takkan buang kalau rosak pon
mahal kan
cerita barang mahal JARANG habis
paling sadis dibiar dalam museum
dipapar untuk anak cucu kemudian hari

perempuan itu manusia
bukan barang
bukan perhiasan
manusia
pilih
nak jadi yang murah
atau mahal
faham?
fahamkanlah

Sunday, March 17, 2013

aKAL dan fiziKAL

"Orang gumuk, mereka Pemalas"
*tarik nafas...hembusssss
ok
tunggu sekejap jangan tukar chanel
marah tak kalau aku cakap
"orang kurus, mereka selebet"
"orang cantik, mereka pengotor"
"orang pendek, mereka tak tahu pasang langsir"
"orang tinggi, mereka xpandai sapu rumah"
"orang hodoh, hidung berhingus"
"orang putih, tak sosial, mereka suka duk uma"
"orang tak putih, suka men panas"
orite
marah?
marah ke ni?
ilek ah..chill
ni borak kawan-kawan
borak tepi jalan sambil minum cendol
ikut hadis mana sampai keluar jurus orang gumuk itu pemalas
orang itu, mereka itu
sebab pernah jumpa SEORANG orang gumuk yang PEMALAS
maka da assume SEMUA orang gumuk itu PEMALAS
nauzubillah
haih
nak kena pukul, baru nak diam?
nak kena hempoke, baru nak berhenti NILAI orang?
nak kaitkan fizikal orang, dengan sikap negatif orang
lepastu nak assume semua orang punya sikap yang sama
*geleng kepala
ni semacam sikap "melihat Superman memakai sepender diluar, dan menilai semua superhero memakai sepender diluar"..aikk
sampah kan
spesis PENILAI HEBAT begini lebih sesuai duduk di rumah dan diam
bukan keluar-bercampur-dan-menilai
anda manusia kan
tahu apa beza manusia dengan haiwan
AKAL, betul?
jangan membazir
Tuhan bagi akal, maka GUNA
bukan letak, dan biar berkarat
tak bagus begitu
bagi lelaki, AKAL de banyak kan, maka guna
bagi perempuan, Nafsu ada banyak kan, maka pinjam AKAL lelaki...aikk aikkk
kalau marah sangat pon, jangan lah kait fizikal dengan attitude
tak bagus camtu
tu, ada cermin, lihat dan fikir

p/s:ini random thing, jangan nak pandai2 cakap "ini pengalaman saudari ke?"...ni mkn dia, mahu?
p/s/s:jangan buat apa yang kita taknak orang buat kat kita..kau faham x apa aku cakap ni?haih
p/s/s/s:k da..skit perut nak uuk..kbai ==""

Saturday, March 16, 2013

Khalwat tepi sungai

Malam indah
bawah bulan sabit
bawah bintang kelip-kelip
bawah langit hitam 
gelap
atas tembok simen
tepi sungai bau busuk
tepi semak
lalang separat buku lali
kiri ada kapel
lelaki pendek parat bahu
perempuan bebasrambut parat bahu
kanan ada kapel
lelaki berjanggut sejemput
perempuan bertudung sweater belang-belang
aku tak berkapel
berkumpulan
ramai lebih meriah,kan?
jadi kami borak
tentang hidup
tentang pengalaman
tentang masa depan
seminit
10 minit
15 minit
minit-minit seterusnya pergi
datang tiga orang gadis bertudung labuh
berbaju muslimah
-cantik-
kami nampak mereka intai-intai
intai-intai apa ada area tepi sungai
mereka diskusi
ambil masa
duduk join belah kiri aku dan kami
berborak antara mereka
tak lama mereka pergi
tak sampai berapa minit
aku pandang kiri
wakil dari geng tudung labuh
duduk dan salam perempuan bebas rambut
bagi jajan
cakap
dan mereka pergi
bubar
aku pandang kanan

wakil dari geng tudung labuh
duduk dan salam perempuan bersweater belang-belang
bagi jajan
cakap
dan mereka pergi
bubar
khalwat tepi sungai dibanteras
untuk hari ini
esok
aku pasti 
akan ada lagi
khalwat tepi sungai
tengokla

#tak senang nak buang kurap atas kulit..sapu ubat hari-hari..jaga makan..mandi..berhari-hari baru hilang..khalwat dalam kalangan pelajar macam kurap atas kulit la..

Buang masa

Aku nak jujur ni
Aku memang ada letak sikit
sikit dari seluruh hati aku
pada posisi hampir dengan kau
ala mungkin hanya secubit
oh tidak
da bertambah menjadi secamca
mungkin
tapi aku pon nak berlaku jujur ni
aku manusia kurang sabar
jadi aku mungkin tak mampu untuk tunggu selamanya
ada masa aku pergi
jadi aku harap
kalau
in case, kalaulah kan
kau pon rasa benda sama
sila,jangan buang masa
sayang!